Sunday, April 17, 2011

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)


Sekiranya anda seorang yang sukar untuk hamil, mengalami simtom seperti haid yang tidak teratur dan mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami PCOS.


PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?
PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.

Teori punca PCOS
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:

Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

Apa simtom dan tanda PCOS?
Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:

Haid yang tidak teratur
Tiada haid selama berbulan-bulan
Tiada ovulasi
Pertambahan berat badan yang keterlaluan
Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
Kencing manis
Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan
Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
Ujian darah Progesterone/Testesterone
Ujian darah prolaktin
Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari
Bagaimana merawat masalah ini?
Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan




Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling.

Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

Sumber: Portal alamhamil.com

14 comments:

  1. thanx share info..baru tau..
    takutnye..saya da masuk 3 bulan x period, tapi negatif je..erm, berat pun da bertambah lepas kawin..

    ReplyDelete
  2. Hai Anie..:-)

    baik awak pi jumpa doktor pakar tanya dia nape period tak keluar2... ataupun mintak doc scan rahim... kadang2 preggy test kit nie tak boleh percaya sangat...

    dulu kalau akak tak period 3/4 bulan dan test kit tu -ve, akak pi jumpa doc untuk sahkan akak mengandung ke tak...tapi jawapannya sentiasa sama: "Puan tak mengandung"...:-( ... tapi at least dah sahkan betul2...

    ReplyDelete
  3. salam sggh...xceli sy dl pon camtu...ubat mcm2 doktor bg mkn...then sampai 1 thp sy dah bosan n stop mkn ubat doktor n try epo..so far period normal..now sy pegi gym tuk kurangkan berat bdn n stop mkn epo..nak tgk cr normal way plak..hopefully de la gud news

    ReplyDelete
  4. akak.. pernah tak akak dengar produk lumiglow?? Byk kawan saye yang dah try dia orang hilangkan cyst dulu then aft that they org try to hamil. Aft support dari kawan I baru je buka facebook page I nie. akak singgah lah ye.. FB:Get Pregnant in 5months..

    ReplyDelete
  5. salam knal..kta berkongsi nasib dn masalah sama..hu..hu..hu..sedihnya...

    ReplyDelete
  6. salam... sy pun penghidap PCOS.. dh cube mcm2, lumiglow, ubat subur, tp still xde rezeki lg.. insyaALLAH dh bincang ngn en.hubby, nk wat IUI lpas nh... doakn kami berjaya,ye?

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan. sedih sngt2x apa yg kta alami. Saya pun dh try mcm2x tp satu pun x jadik.

    ReplyDelete
  8. Saya pon mengalmai masalh yg sama.sedih coz dah lame try nak dapat baby.tapi kenkawan...kite semua tak boleh putus harapan.mesti terus lagi berusaha.secara modern dan traditional.semoga Allah bagi kita pelaung merasai nikmat melihat mata anak sendiri.

    ReplyDelete
  9. Pd thn 2010saya jumpa pakar sakit puan krn period xnormal ada sampai satu thp dah 6bln period xdtg.so doktor buat pelbagai ujian.Dah mkn ubat subur,dah buat suntikan tp semua tak berhasil.Akhirnya doktor mengesahkan saya PCOS.Walhal berat bdn dan ketinggian saya ideal.coz PCOS sering berlaku kpd org yg mmpunyai berat bdn brlebihan.Namun saya akur dan satu pmbedahan laser dilakukan'ovarian drilling'.Selps,itu period saya kmbali regular dan hanya bertahan utk thn pertama shj.Sekrg period saya kmbali tdk normal.Baru2 ini saya pergi mdptkan rawatan secara islam.dan menurut ustaz ada gangguan makhluk halus.Allahuallam...saya semakin buntu.Kini saya pasrah kpd Allah swt.Sesungguhnya Allah shj yg mengetahui sst yg tdk kita ketahui..InsyaAllah jika di izin olehNya doa kita dimakbulkan olehNya.Amin........

    ReplyDelete
  10. Pd thn 2010saya jumpa pakar sakit puan krn period xnormal ada sampai satu thp dah 6bln period xdtg.so doktor buat pelbagai ujian.Dah mkn ubat subur,dah buat suntikan tp semua tak berhasil.Akhirnya doktor mengesahkan saya PCOS.Walhal berat bdn dan ketinggian saya ideal.coz PCOS sering berlaku kpd org yg mmpunyai berat bdn brlebihan.Namun saya akur dan satu pmbedahan laser dilakukan'ovarian drilling'.Selps,itu period saya kmbali regular dan hanya bertahan utk thn pertama shj.Sekrg period saya kmbali tdk normal.Baru2 ini saya pergi mdptkan rawatan secara islam.dan menurut ustaz ada gangguan makhluk halus.Allahuallam...saya semakin buntu.Kini saya pasrah kpd Allah swt.Sesungguhnya Allah shj yg mengetahui sst yg tdk kita ketahui..InsyaAllah jika di izin olehNya doa kita dimakbulkan olehNya.Amin........

    ReplyDelete
  11. Salam..
    Saya juga menghadapi masalah yang sama dengan puan.
    Saya tak pasti bagaimana kondisi terakhir puan, tetapi saya benar2 ingin membantu dan berkongsi maklumat dgn puan.
    Alhamdulillah, blog saya baru sahaja (bulan 5 tahun ni).. mgkn juga dapat membantu.
    Saya sudah berkahwin 8 tahun dan melalui pelbagai cabaran yang Allah duga secara bertimpa-timpa. Saya harap, pengalaman yg saya lalui dapat membantu wanita2 lain di luar sana. InsyaAllah..

    ibuamiruluwais@blogspot.com
    ibu amirul & uwais

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.. 11 thn menanti zuriat..brusaha,ikhtiar,doa & tawakal.td ptg jmpa pakar..sy disahkan PCOS.
    Akn brusaha untuk smbuhkn PCOS ni..doakn sy kuat & istiqomah dlm usaha ni.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. 11thn menantikan zuriat.usaha,ikhtiar doa & tawakal ttp x pernah putus.ptg td jmpa pakar sy disahkan PCOS.
    Akn berusaha semampu mngkin merawat PCOS ni.In Shaa Allah smga sy akn trus istiqomah dlm usaha ni.doakan sy..

    ReplyDelete

  14. Nice post
    You can book a HSG test in Delhi through online portal easybookmylab at very reasonable price starts @ 2700/-. HSG test cost in Delhi

    ReplyDelete