Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

“Dia sudah ada 4 orang anak...”

Salam,

Sekadar berkongsi luahan hati...

Semalam, saya bersembang-sembang dgn cik abg sebelum masuk tidur. Kebetulan pula dia baru balik dari berjumpa kawannya di sebuah kedai makan berhampiran rumah kami. Sebenarnya suami saya ni jenis yang asyik keluar malam jugak lah...jangan silap paham pulak.. dia keluar mlm bukan nak buat aktiviti2 tak berfaedah... dia kuat bersukan dan kadang-kadang 2/3 kali seminggu dia akan keluar bermain badminton dengan kawan2 (waktu mlm la)... kadang-kadang pula pada hujung mggu biasanya (mlm2) dia akan pi kedai mamak (kat depan rumah nie je) untuk tonton perlawanan bola dalam astro. Al maklumlah di rumah kami takde Astro...huhuh...

Sebagai isteri, kadang2 saya kurang senang jugak tgk suami asyik keluar malam je...tapi lepas saya pk2, mungkin ada baiknya dia pi bersukan dan sembang dengan kawan2 daripada layan pompuan.., betul tak?:-D... Satu lagi saya terfikir mungkin jugak suami sunyi sebab kat rumah takde anak2... itu pandangan saya saje dan saya tak pernah berbincang hal nie dgn suami...

Ok, so semalam kebetulan suami sembang pasal ada sorang kawan dia nie... yg duduk dekat jer dgn rumah kami tapi tak pernah pulak suami ajak dia keluar minum... suami kata kawan dia nie jenis yang tak suka keluar rumah dan kurang bersukan jugaklah orgnya...tapi dia mmg baik lah dgn kawan tu..

Saya nie sajalah bergurau dan kata yg saya suka lelaki yang suka duk rumah dan jarang keluar rumah...(sajalah nak nyakat suami dan alang2 tu nak perlilah jugak)... nak tau apa jawapan suami? Dia kata, “Yang, dia dah ada 4 orang anak...”

Terkedu saya mendengarnya. Air mata hampir2 nak menitik jika bukan kerana suami tukar topik lain dan buat lawak. Saya tau dia bukan sengaja dan takde niat nak buat saya sedih. Tapi saya memang terasa sangatlah lepas tue... perasaan2 –ve yang ingin saya lupakan selama nie muncul kembali... rasa sedih, kecewa, marah semuanya ada... tapi bukan pada suami, sebaliknya pada diri ini sendiri.......

Saya terasa kesian pada suami kerana tak mampu nak bagi zuriat pada dia, dahlah dia mmg sukakan budak2 dan budak2 pun suka kat dia (anak2 kawan dia pun kebanyakannya sudah kenal suami saya dan suka sangat bermain-main dengan dia).... kalau dalam tempoh 6 tahun, orang lain dah kumpul 3 atau 4 orang anak, tapi kami seorang pun belum ader..kawan2 suami yang dah kahwin pun hampir semuanya dah ader anak2... malah yg baru kawin pun tup2 dlm masa beberapa bln jer dah pregnant... adik ipar saya (no.1) pun dah ader 2 org anak... adik ipar (no.2) skrg nie tgh pregnant walaupun salah satu tiubnya telah dibuang akibat kandungan diluar rahim beberapa bulan sebelumnya... Alhamdullilah diorang dah dapat rezeki dan anugerah yg tak terhingga daripada Allah s.w.t... tapi bila pulak giliran saya? Sampai bila saya akan terus mengecewakan suami....? Sampai bila kami akan dipandang serong oleh orang2 yang tak memahami keadaan kami ini?

Sekarang saya nampak suami macam dah pasrah dan menyerah segala-galanya pada Allah... jika ada rezeki, adalah tue... katanya. Saya terfikir pasal nak ambik anak angkat, tapi suami pulak tak sokong sangat untuk ambil anak angkat. Kalau boleh dia nak anak daripada darah daging sendiri. Kalau mampu.. saya dah bagi awal2...:-(

Tapi saya terfikir kalu takde rezeki kami nnt, macammana kehidupan kami masa tua nanti? Kalau sakit2, siapa yang nak jaga? Siapa yang akan teman kami masa tua nanti? Mana anak2 yg boleh hiburkan hati kami dengan telatah manja mereka? Aduh... mcm2 bermain dalam fikiran nie.. kenapa dugaan yang diberi ini terasa berat sangat untuk dipikul...?

Kadang2 ada eloknya juga kalau saya meluahkan apa yg terbuku di hati. Kalau asyik duk pendam jer, saya bimbang apa yg akan berlaku nanti.. mungkin jugak akan berlaku letupan gunung berapi yang akan menghasilkan tsunami besar... Siapa tau? At least kalau sudah diluahkan, kuranglah beban sikit yg perlu ditanggung...

Terima kasih kerana membaca luahan hati saya..... :-)