Friday, April 22, 2011
Coretan di Pesta Buku...
Salam...
Aduss...... letihnya saya hari nie. Sape2 yang rasa nak ‘xcise’, korang pegilah kat Pesta Buku kat PWTC yang baru je berlangsung hari ini. Gerenti hilang beberapa kilo berat badan...hehe...Kalau tak silap ada 5 buah dewan (yang dibuka untuk event pesta buku nie) yang korang boleh bersiar-siar sambil melihat buku2... :-)
So, aktiviti hari nie, saya naik star lrt kat Sg Besi dan berhenti kat The Mall tepat jam 11 pagi. Kemudian pegi kat foodcourt untuk breakfast bagi mengumpul tenaga untuk memikul buku2 & majalah yg bakal dibeli:-) Sebenarnya boleh dikatakan The Mall dan PWTC nie adalah tempat favourite saya la... bertahun2 dulu saya pernah kerja kat PWTC (sekejap jer)... dan The Mall pula tempat saya biasa lepak2 masa dulu2sementara nak tunggu naik bas balik kampung kat Hentian Putra.
Okla, so lepas breakfast, saya terus ke pwtc. Yang seronoknya pegi hari Jumaat nie ialah pengunjung tak berapa ramai berbanding on weekends iaitu esok dan lusa. Tahun-tahun sebelumnya saya hanya berpeluang untuk pergi pesta buku sama ada hari sabtu atau ahad saja, so percayalah bila saya katakan bahawa time tu memang sesak dengan orang ramai la.. kadang2 tu sampai kena berasak-asak untuk masuk ke dalam dewan...
Sebenarnya sebelum saya berkunjung ke pesta buku hari ini, semalam saya dah siap-siap tengak layout dewan dan senarai penerbit buku yang dimuatkan dalam laman web klibf.com.my. So saya dah catit siap-siap lokasi (booth) penerbit buku yang ingin saya kunjungi hari nie, dan di antaranya adalah Karangkraf dan PTS Publications. Walaupun dah buat perancangan awal-awal, tapi naik pening jugak tengok banyak sangat booth2 penerbit buku hinggakan tak tau nak bergerak ke mana... hehe..
masa tengah berjalan2 tengok buku, biasalah kita akan ditegur oleh wakil2 penjual buku tu kan? Yg tak berapa seronok sangat bila ada yang tanya “Akak dah ada berapa orang anak?”, “Anak akak yang sulung umur berapa?”, “Buku kanak2 nie sesuai sangat untuk anak akak...” Saya taulah yang diorang nak jual buku tapi bila saya kata “Takde anak” diorang macam tak percaya... alahai sedihnyer... bukannya saya bangga sgt nak kata yg saya takde anak, tapi kalau saya tak cakap macam tu, diorang akan teruss ikut saya untuk promote buku diorang... yelah kalau fikir2, diorang tak salah, saya pun tak salah...dua2 tak salah.. so nak buat camna? Bersabar je lah kan....:-)
Overall, kali nie saya banyak membeli majalah daripada buku2. Di bawah adalah senarai bahan bacaan yang saya telah beli:
1. Majalah Rapi (4)
2. Mingguan Wanita (1)
3. Majalah Klik (3)
4. Majalah PC (2)
5. Majalah2 Barat (6) – setahun sekali jer boleh beli majalah2 barat nie sbb harga biasa dia mmg mahal giler. kalau ada pesta buku camni baru harga dia murah..tp yg outdated la heheh..
6. Mastika (1)
7. Majalah iSihat (2)
8. Majalah Al Islam (1)
9. Majalah Ujang (1) & Apo (1) – kalau beli 2, percuma beg kertas. Terpaksa beli sbb geram tengok beg kertas dia yg comey..:-) Kalau ikutkan, dah lama dah tak baca majalah2 lawak jenaka camni heheh..
10. Buku 1001 Petua dari ceruk dapur ke laman rumah
11. Buku Toksin Masuk Toksin Keluar
12. Buku Kenal pasti penyakit: Diagnosis Tapak Tangan
13. Buku Cara Mudah dapat Pinjaman Bisnes
Free Gift: Karangkraf – Sebiji Bantal dan Pembersih Wajah Safi Rania Gold
PTS – 4 keping penanda buku & OXY Blackhead Clearing Wash 3 paket kecik
Moy Publications – beg kertas comel
Kos kesemua bahan2 bacaan di atas lebih kurang RM150 (bajet RM200)...;-) Sebenarnya saya ingat kalau ada masa, saya nak pegi ke pesta buku nie lagi sekali bila2. Saya teringin nak tengok buku-buku Islamik (banyak penerbit buku islamik yang saya tak sempat nak jenguk) dan mungkin buku2 mengenai kesuburan (kalau ada la).
Tepat jam 5, saya bertolak balik naik lrt dan berhenti kat Taman Cahaya (Ampang) kerana suami tunggu kat situ. Maklumlah tempat kerja dia kat area situ jugak...:-) Walaupun letih kerana terpaksa memikul buku2 yg berat dan banyak, tapi saya puas hati... heheh..
So apa yg korang tunggu lagi.. cepat2lah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 ini... rugi kalau tak pegi tau...:-D
Terima kasih kerana membaca bebelan saya mengenai buku ini...huhuh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam
ReplyDeletePercayalah saya pernah emo bila wakil insurans tanya tentang anak. Saya tahu dia tanya sebab nak jual insurans.. macam saya emo bila kawan2 tanya pasal anak.
hishhhhhhhhhhh tak sabarnya nak pergi...
ReplyDeletehari ni paln nak g dah terkantoi..
esok jgnla kantoi lg..dengan harapan