Sunday, April 17, 2011

“Dia sudah ada 4 orang anak...”

Salam,

Sekadar berkongsi luahan hati...

Semalam, saya bersembang-sembang dgn cik abg sebelum masuk tidur. Kebetulan pula dia baru balik dari berjumpa kawannya di sebuah kedai makan berhampiran rumah kami. Sebenarnya suami saya ni jenis yang asyik keluar malam jugak lah...jangan silap paham pulak.. dia keluar mlm bukan nak buat aktiviti2 tak berfaedah... dia kuat bersukan dan kadang-kadang 2/3 kali seminggu dia akan keluar bermain badminton dengan kawan2 (waktu mlm la)... kadang-kadang pula pada hujung mggu biasanya (mlm2) dia akan pi kedai mamak (kat depan rumah nie je) untuk tonton perlawanan bola dalam astro. Al maklumlah di rumah kami takde Astro...huhuh...

Sebagai isteri, kadang2 saya kurang senang jugak tgk suami asyik keluar malam je...tapi lepas saya pk2, mungkin ada baiknya dia pi bersukan dan sembang dengan kawan2 daripada layan pompuan.., betul tak?:-D... Satu lagi saya terfikir mungkin jugak suami sunyi sebab kat rumah takde anak2... itu pandangan saya saje dan saya tak pernah berbincang hal nie dgn suami...

Ok, so semalam kebetulan suami sembang pasal ada sorang kawan dia nie... yg duduk dekat jer dgn rumah kami tapi tak pernah pulak suami ajak dia keluar minum... suami kata kawan dia nie jenis yang tak suka keluar rumah dan kurang bersukan jugaklah orgnya...tapi dia mmg baik lah dgn kawan tu..

Saya nie sajalah bergurau dan kata yg saya suka lelaki yang suka duk rumah dan jarang keluar rumah...(sajalah nak nyakat suami dan alang2 tu nak perlilah jugak)... nak tau apa jawapan suami? Dia kata, “Yang, dia dah ada 4 orang anak...”

Terkedu saya mendengarnya. Air mata hampir2 nak menitik jika bukan kerana suami tukar topik lain dan buat lawak. Saya tau dia bukan sengaja dan takde niat nak buat saya sedih. Tapi saya memang terasa sangatlah lepas tue... perasaan2 –ve yang ingin saya lupakan selama nie muncul kembali... rasa sedih, kecewa, marah semuanya ada... tapi bukan pada suami, sebaliknya pada diri ini sendiri.......

Saya terasa kesian pada suami kerana tak mampu nak bagi zuriat pada dia, dahlah dia mmg sukakan budak2 dan budak2 pun suka kat dia (anak2 kawan dia pun kebanyakannya sudah kenal suami saya dan suka sangat bermain-main dengan dia).... kalau dalam tempoh 6 tahun, orang lain dah kumpul 3 atau 4 orang anak, tapi kami seorang pun belum ader..kawan2 suami yang dah kahwin pun hampir semuanya dah ader anak2... malah yg baru kawin pun tup2 dlm masa beberapa bln jer dah pregnant... adik ipar saya (no.1) pun dah ader 2 org anak... adik ipar (no.2) skrg nie tgh pregnant walaupun salah satu tiubnya telah dibuang akibat kandungan diluar rahim beberapa bulan sebelumnya... Alhamdullilah diorang dah dapat rezeki dan anugerah yg tak terhingga daripada Allah s.w.t... tapi bila pulak giliran saya? Sampai bila saya akan terus mengecewakan suami....? Sampai bila kami akan dipandang serong oleh orang2 yang tak memahami keadaan kami ini?

Sekarang saya nampak suami macam dah pasrah dan menyerah segala-galanya pada Allah... jika ada rezeki, adalah tue... katanya. Saya terfikir pasal nak ambik anak angkat, tapi suami pulak tak sokong sangat untuk ambil anak angkat. Kalau boleh dia nak anak daripada darah daging sendiri. Kalau mampu.. saya dah bagi awal2...:-(

Tapi saya terfikir kalu takde rezeki kami nnt, macammana kehidupan kami masa tua nanti? Kalau sakit2, siapa yang nak jaga? Siapa yang akan teman kami masa tua nanti? Mana anak2 yg boleh hiburkan hati kami dengan telatah manja mereka? Aduh... mcm2 bermain dalam fikiran nie.. kenapa dugaan yang diberi ini terasa berat sangat untuk dipikul...?

Kadang2 ada eloknya juga kalau saya meluahkan apa yg terbuku di hati. Kalau asyik duk pendam jer, saya bimbang apa yg akan berlaku nanti.. mungkin jugak akan berlaku letupan gunung berapi yang akan menghasilkan tsunami besar... Siapa tau? At least kalau sudah diluahkan, kuranglah beban sikit yg perlu ditanggung...

Terima kasih kerana membaca luahan hati saya..... :-)





33 comments:

  1. oh.. sangat besar dugaan awak ni.. suami saya pun suka keluar bersukan malam-malam.. saya faham, mungkin dia sunyi jugak kan...

    ReplyDelete
  2. sayu hati saya baca luahan nie..kita ingin buat yang terbaik untuk suami namun ape daya kita yang hanya mampu berusaha...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    To Hikari & Salmi,

    inilah dugaan sebagai isteri yang tak mampu berikan zuriat untuk suami:-(.. kalau fikir sgt hal nie, mmg la rase kecewa+sedih sgt2..
    Bertambah2 sedih rasanya lepas tau kita yang bermasalah dan menjadi punca kenapa tak boleh bagi zuriat utk suami...

    Alhamdullillah suami saya jenis yg tak berapa serius dan suka buat lawak sekali sekala...kadang2 terhibur gak hati nie dan taklah pikir pasal nak anak jer sepanjang masa...:-)

    Satu lagi saya bersyukur skrg nie kerana selepas 6 tahun berkahwin, kami masih suami isteri walaupun takde zuriat sendiri.. saya cuma berdoa Tuhan akan kurniakan zuriat kepada kami dalam masa terdekat nnt dan saya juga berharap agar hubungan kami suami isteri akan kekal hingga ke akhir hayat...aminnn....

    p/s: tidak lupa juga saya doakan buat semua isteri2 di luar sana tu yang inginkan zuriat pun akan termakbul doa mereka...aminnn...

    ReplyDelete
  4. sabar k.... insyallah satu hari nanti pasti ada rezeki buat kita :-)

    ReplyDelete
  5. Salam

    Saya harap kata2 saya dapat melegakan resah hati awak.

    Saya dulu pun begini, menyalahkan diri sendiri.. tapi bila dibawa berbincang, saya agak terkejut.. rupanya suami dengan jelas, dia ingatkan saya.. bukan saya yang patut beri anak. Malah bukan dia.. sebenarnya Allah yang memberi anak. Jika disebabkan kita sakit pun, semua tu datang dari Allah. Maka Allah yang belum mengizinkan. Hakikatnya kami dua2 ada masalah.

    Sayang, jangan salahkan diri.. sesekali memang kita akan rasa begitu tetapi cuba ingat selalu.. Allah yang merancang semua ni. Kita cuma berusaha.. berdoa dan bertawakal. Maaflah kalau tersilap bicara.

    Nanti kalau saya sedih.. awak pujuk saya pulak ya. InsyaAllah.. suatu hari nanti impian kita akan menjadi kenyataan. Amin

    ~hugs

    ReplyDelete
  6. Salam irtiyah,

    Rasanya mungkin semua yang berada dlm 'group' kita nie akan alami masa-masa sukar yang saya luahkan di atas, betul tak?

    Bukan nak bersedih dan salahkan diri sendiri...tapi kengkadang 'perasaan' tu muncul jugak walaupun kita tak nak rasa sedih... kalu ikutkan, nak hepi jer sepanjang masa supaya hormon tak buat hal..:-) alhamdulillah skrg nie emosi dah ok sikit.. bila baca komen2 dlm blog nie pun rase gembira sikit...:-D ..

    sebenarnya, saya betul2 menghargai semua orang yang memberi sokongan dan nasihat di blog nie.. dari sinilah timbulnya kekuatan untuk terus berusaha...terus berikhtiar.. sampai kita dapat apa yang kita nak...

    Irtiyah... masa saya baca blog awak, saya fikir macam2 dah awak alami...daripada buat blood test hinggalah buat ivf.. Alhamdullillah Tuhan kurniakan ketabahan pada awk untuk hadapi semua dugaan nie.. sebenarnya blog awak byk bagi motivasi untuk saya.. kadang2 saya terfikir, awak dah buat sampai ivf...
    saya? hsg pun belum lagik...huhuh.. lembap betulla..:-D

    Insyaallah kita berjuang sama2 yer.. mudah2 dipermudahkan urusan ini oleh Allah...aminn..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum adik, sepupu akak yang dah berkahwin lebih 17 tahun baru dapat anak lelaki pada umur lebih 41 tahun....semua berlaku setelah dia dah lama berhenti berubat tradisional mahupun moden....bila emak akak ziarah baby dia dan tanya apa ikhtiar dia sampai dapat jugak mengandung kan? sepupu saya hanya jawap "doa mak ngah, saya tak berhenti berdoa kat Allah..". semoga doa adik dimakbulkan Allah juga nanti...take care...

    ReplyDelete
  8. dear, sedih zana baca entry ni.. hanya kita yg melalui situasi ni yg akan faham kan.. sabarlah dear.. mungkin ada hikmahnya..

    sama2 kita doakan agar ada rezeki utk kita memiliki anak sendiri nanti..

    ReplyDelete
  9. sedihnya bace entri ni.. semoga kamu tabah.. :(

    ReplyDelete
  10. salam kak,
    saya baru berkahwin hampir 9 bulan, tapi belum ada tanda2 nak menimang cahayamata. faktor kesihatan dan disuspek mengalami pcos semasa pemeriksaan dihospital beberapa bulan lepas, sedikit sebanyak melemahkan semangat saya sebagai seorang isteri. hati merintih,teringin sgt nak anak....kadang2 menangis bila dengar kawan-kawan yang sama-sama kawin dah mengandung.hati mudah terusik..walaupun suami kata masih ada banyak masa lagi, saya tetap sedih dan kadang-kadang menganggu emosi kami suami isteri...saya cuba blog hopping tentang isu kehamlan dan terjumpa blog akak ni. saya ingat nasib saya dah sehabis teruk, rupanya ada yang lebih bermasalah tapi masih tabah menghadapi dugaan hidup...harap akak bersabar ye? saya pun doakan akak dapat menimang cahaya mata seperti yang akak idam2kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Say boleh bantu merawat masalah kehamilan.no tel 0193945791

      Delete
  11. rezeki Allah yg beri.. berusaha la selagi mampu...

    ReplyDelete
  12. salam..

    sabarlah wak.. apa rasa yg awk rasa itulah yg sy rasa juga.. kami br jer sambut anni ke 4.. dan sy br abis pantang gugur kali ke-4.

    Semoga hari2 seterusnya ada hari itu utk kita berasa kitalah manusia paling bahagia.. Bg yg mudah hamil mereka mungkin hya rasa bahagia tp bg kita nnt 10x ganda bahagia. Jgn henti berusaha yer =)

    ReplyDelete
  13. salam...

    sangat tersentuh hati baca entry awak. sama la..sy pon problem jgk nk dpt bb. Moga kita sama2 tabah hadapi ujian Allah. Allah hanya menguji hambanya yg Dia tahu mampu menghadapi ujianNya ...

    ReplyDelete
  14. Pada pasangan mahu mendapat anak, tapi belum ada rezeki. mungkin info kat blog ni dpt membantu:

    http://waneyzainuddin.blogspot.com/2011/11/trying-to-conceive-with-pb.html

    ReplyDelete
  15. Saya tak nak sedih. Tapi takleh tipu diri sebab saya antara insan yg terlalu mgharapkan anak. Kawen dah bertahun2. Tapi rezeki blum ada. Dulu gugur.husband plak duk separate sebab kerja. Jumpa wiken je.. Ntah la. Nak p checkup tapi tak tau procedure. Hrp yang berpengalaman dan berjaya blh kongsi skit tip di sini....

    ReplyDelete
  16. Umaira dah follow kamu...
    Datang utk memberi support pada kawan2 TTC yg lain di alam maya ini
    Kita punya satu matlamat yg sama
    Moga kita akan memperoleh zuriat suatu hari nanti.AMIN

    ReplyDelete
  17. Ilmu Berguna
    ~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~

    Khusus buat kawan² yang masih belum dikurnia...kan zuriat...

    Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

    Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

    Cubalah pula petua @ amalan ini....

    1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
    2. Kemudian,buang biji kurma tu
    3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
    4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
    5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
    6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

    InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

    Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

    Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

    Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

    * Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.

    ~PakarHowTo~
    Padat & Bermanfaat --) http://pakarhowto.com/
    Panduan Kesuburan Untuk Lelaki --) http://goo.gl/XdFfo
    Rahsia senang hamil --) http://goo.gl/qMwGr
    Panduan Mudah Hamil --) http://goo.gl/HdjoVSee More
    Perkongsian ilmu dan info-info menarik - untuk diAMALkan dan diSEBARkan- BUKANnya untuk dibaca atau dilihat saja ya. http://pakarhowto.com/
    By: PakarHowTo

    Blog PakarHowTo
    pakarhowto.com
    Kalau ikutkan hati, setiap kali menulis di blog ni, saya nak tulis panjang-panjang. Tapi kalau panjang sangat, takut anda jemu la pula. Dan mungkin juga mesej tak sampai.

    ReplyDelete
  18. Salam..secara tidak sengaja Kak Roz termasuk ke halaman ini. Kak Roz faham perasaan yang empunya blog kerana Kak Roz telah berdepan dengan ramai isteri & wanita di luar sana yang mengalami nasib yang sama...1 pesan Kak Roz, suami isteri jangan putus asa, kuat semangat dan perlu sokong menyokong antara 1 sama lain, yakin 1 hari nanti rezki untuk mendapatkan zuriat akan dapat juga..ikhtiar itu perlu. Buat pengetahuan semua kebolehan Kak Roz ialah MENGURUT WANITA..terutama selepas bersalin, buang angin dlm badan..dan berpengalaman juga mengurut untuk mendapatkan zuriat..jika tidak keberatan hubungilah Kak Roz di halaman Urutan Tradisional Wanita atau fb Roz zila..ramai juga yang telah mengandung selepas berurut dengan Kak Roz..Jika sudah disahkan doktor puan & suami sihat maka ada banyak punca lain kenapa puan dan pasangan tidak berjaya memperoleh zuriat..
    1) Hormon tidak stabil
    2) Stress
    3) Pemakanan
    4) Buatan Orang
    5) Keteguran/Lemah semangat
    6) Peranakan jatuh
    7 Dan lain - lain

    Biasanya Kak Roz akan urut dahulu serta rasa kedudukan peranakan, jika perlu bertunku untuk buang angin didalam perut.
    Uurtan biasa 3 hari berturut-turut. Disusuli mandi limau ( buang negative dlm badan ) kemudian barulah MANDI BUNGA/AURA untuk menaikkan sri sambil berniat dihati dengan penuh yakin & selebihnya kita berserah pd yang Esa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalmmualaikum,kak Ros nama saya Maizatul saya baru setahun berumah tangga tapi belum di kurniakan zuriat lagi..bagaimana nak hubungi akak.no fon saya 0192453392

      Delete
  19. sedih bace kisah sis...saye pun sedang alami nasib yang same.mungkin antara sesame kite yang senasib ni jer paham ape yg sedang kite lalui kan....kekadang sesame kite ni jugaklah yang beri kekuatan utk tabah meniti hari2 yang mendatang....Smoga Allah terus kuatkan hati kite,kuatkan semangat kite.In sya Allah ade rezeki wat kite.klau bukan didunia mungkin di akhirat sane..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. Faiz faham situasi yg awak lalui. Caci maki umpat sindir mainan buat kita. Jika x kuat iman dengan ujian Allah ni boleh jd Gila... thn ke 4 perkahwinan faiz melalui episod duka kerana stress yg melampau Dan tlh berjumpa dgn doktor pakar psikologi. Alhamdulilah beberapa Kali jumpa faiz sembuh utk membina kekuatan diri emosi ,fizikal Dan rohani. Mana x nyer Kwn opis kata kita mandul.. Aduhai, kata sinis Ipar duai, jiran tetangga pula... Dan bila dengar org sebut pasal anak je dah mula terasa hati yg padahnya suami. nasib baik suami N keluarga byk support. Kata2 suami membuat Saya sedar "Allah tahu kekuatan setiap hambanya dan layak sahaja akan diuji Dan jgn takut ujian ini kita tempuhi bersama2 hingga akhir hayat dengan rasa syukur" .. manakala kata2 doktor nazarihah Dr klinik idham tmn kosas " jangan berputus asa Allah Tahu kekuatan Dan kelemahan setiap hamba2nya. Bila tiba masanya pasti Allah makbulkan" kawan2 semua jgnlah berputus asa dengan ujian Allah ini dan marilah kita berdoa semoga Allah akan kurniakan zuriat Yang ramai,comel, beriman Dan berilmu buat kita. In shaa Allah

    ReplyDelete
  21. sy dah 9 thn lebih alami perkara yg sama...thn kedua kahwin dapat tahu, ade fibroid dan buang fibroid.mase tu pk mungkin sbb tu, sy xleh mengandung...doktor nasihat tgu 2 thn untuk mengandung sbb sy buat major operation dan rahim sy luka teruk sbb fibroid tu ade di bah depan, blkg, kiri kanan rahim.

    selpas dua thn, sy mula buat treatment di hospital kerajaan. alhamdulillah sy dan suami normal, Dr kata kes kami unknown n x byk kes mcm kami. dr suggest buat iui dulu so sy buat. first, failed...thn ke 6 perkahwin sy buat lg iui, berjaya tapi 2 bulan je berthn sbb sy terlalu aktif dan x alert dgn kdgn. mase tu 17hb ogos 2009, tarikh lahir saya..br spi dr hospital, sy terima bunga wish hepi besday n love u n baby...betapa sedihnya masa tue...huhuhu

    habis pantang, sy terus buat sampai kali ke 5, semuanya failed. doktor suggest utk stop dan buat ivf. sy pergi ke pakar di humm dan buat 1st appoinment ttp x teruskan sbb mslh period tibe2 jd x teratur.

    skrg ni, dlm usia perkahwinan ke 9, sy nk cube ke lppkn plak. untuk ke swasta, sy x mampu sbb tanggungjawab kpd kedua2 family memandangkan kami anak sulong.

    Kalau cerita pasal stress, mmg stress sampaikan thn pertama kawin sy x byk keluar rumah, asik menangis.. ada kala blog2 mcm ni jadikan org yg istimewa mcm kita terhibur, dapat share mcm2...tak la rasa terbeban di hati. Adik2 sy dah ada anak, biras sy juga bakal melahirkan anak merangkap cucu pertama dlm family mertua sy. Nampak semua org xcited, sy mmg rasa down tp sy kene kuat...soalan2 tanpa tapisan tu mmg sgt memeritkan telinga, rasa nk menjawab jer tapi sabar jer...bukan kehendak kita.

    sy umpamakan kita meminjam loan dhn bank. walau pun semua detail dah lengkap, bank akan tentukan kita layak atau tidak. sama juhak dgn anak, kita usaha mcm mana pun, Allah yg akan luluskan pinjaman kita. Suami itu ibarat gaji, anak2 itulah bonus kita...sekadar berkongsi, sy pernah terbaca seorg ustaz menulis...ORG YG TAKDE ANAK NI TAK PERLU RISAU, YG PATUT RISAU ADALAH ORG YG ADA ANAK SBB X TAHU ANAK TU BAWA KITA KE NERAKA ATAU SYURGA...kawan2 sabar lah k... :)

    ReplyDelete
  22. Salam.sy kwn da hmpr sthn n msh lg blm hml.akak ipar n sepupu sy yg ngndg dlu.da rezeki dieorg.em my hsbnd seorg duda ank 1.yg dlu die dpt bby bp bln aje kwn tp ble ngn sy msh blm ad rzki.kdg2 terase mcm dri ni xsmprna sbb lmbt bg ank pd husbnd.my hsbnd xbg sy ungkt psl ank sbb die xnk sy sdh.sbb pnh skali die sj nk gurau dgn sy tntg ank n sy menangis dpn die bl die ckp smpi ble die nk tggu ank dr sy.ms tue hny tuhan yg tau ape sy rase.pnh skali ms sy skt kt area ari2 n smpi xblh bgn n dmm sy g jmp bidan n bdn kt sy preg da 3 bln mmg hppy tp mcm xpcy.sbb sy stil dtg period n sy try upt -ve.tp prt sy nmpk mcm org preg.sy xtau nk pcy ke x tp my hsbnd mcm pcy.tp sy ktjtn pd die biar la.ad rzki sykr la.n my hsbnd pun da ckp mgkn rzki kami blm lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. askm untuk semua...terharu sy mbaca dkt blog nie mcm2x pgalaman,keluhan,keperitan yg dialami oleh insan terpilih oleh Allah untuk diuji..menantikan zuriat dgn penuh harapan, ada kala kita kuat untuk tempuh semua tu, kdg2x rasa dah xberdaya air mata mengalir juga,...tapi cuma "KITA" yg diuji ini sahaja mampu berbicara & memahami antra satu sama lain...

      slam Ukhwah untuk sume...sy pun dah 6 tahun mengharap dah terus menanti....sy juga lemah & mgharapkan kekuatan dari kwan2x sume,tp alhamdulillah sy dikurniakan seorg suami yg sngat penyayang, dan memberi kekuatan pada sy katanya " terlalu banyak nikmat & rezeki Allah bagi pada kita sampailah kita terus bernyawa pada hari, dan siapa kita untuk mempertikaikan & mempersoalkan apa yang kita inginkan tk xdiberi..semua itu milik dia, cuma kita ikhtiar dan terus brdoa sahaja mgkin ada kemanisan dihujungnya nt di atas kesabaran kita sume.."

      bila dah masuk 6 tahun perkahwinan,dh rase terlalu sensitif bila org cakap pasal baby,mengandung..sy akan diam n akan kecil hati..kawan2x berkongsi pengalaman manis mengandung, melahirkan dan membesarkan anak2x...tapi jauh disudut hati rase kekrangan diri...tp mgkin kawan2x xberniat untuk mengguris hati tapi..entah..emmm mgkin perasaan sendiri..kdg2x ada suara yang berkata "cepat mengandung dah tua2x mengandung susah..dah tua anak baru kecil"emm..mcm2x..

      bila ada kawan2x yang mengandung n dah bersalin sy rase kecil hati nk pergi ziarah..bukan sb ape sy xlah trima klu org tnya.."awak tue bila lagi?????"rase tersentak...tambahan bila kawan2x sndiri yang ckap...fuhh sy akan buat2x mcm xde ape2x aje..tp jauh disudut hati...allah aje yang tau..

      mgkin skarg rezeki org lain..esok lusa rezeki kita pula,kurniakanlah kami sume ya ALLAH anak-anak yang soleh dan solehan menjadi jariah kita di akhirat nanti;)

      Delete
  23. Sedihnye entry ni.... macm nak nangis aje baca... sy pun sama.. dah 2 tahun sengah berkahwin... tp masih belum dikurniakan anak lagi... tp mesti ramai kat sini yang mungkin jauh lagi besar dugaan dn lagi lama menunggu dr saya... pernah ada satu kawan,, cakap dengan saya..''sabarlah...dulu mase lepas dia kawen, kosong satu bulan,, rase sedih sangat'' hmm...mungkin dia tak faham...ape beze sebulan aje kosong ngan bertahun kosong...

    ReplyDelete
  24. sedihnya baca blog ni. i feel you. saya da berkahwin hampir 5 tahun tp masih belum dikurniakan cahayamata. hanya mereka yang senasib dengan kita yg memahami perasaan kita. semoga doa2 kita untuk mendapat zuriat di makbulkan Allah...amin.

    ReplyDelete
  25. Assalmmualaikum,saya pun mengalami masalh yang sama juga kadang kala hati ini terusik bila berkumpul dengan keluarga suami.Soal anak ini memang sensitif sngat...pada kaum wanita.

    ReplyDelete