Tuesday, July 27, 2010

Pusat Rawatan Shuhaida - satu PENIPUAN???!

Salam,

Beberapa hari yang lepas semasa saya tgh dok search the Internet mengenai rawatan untuk mendapat zuriat, saya terjumpa suatu forum yang mengatakan Kak Ida (Shuhaida) dapat membantu untuk pasangan yang bermasalah untuk mendapat anak. Forum tu bertarikh 2005 lepas. Katanya lagi, dah ramai orang yang susah nak dapat anak, lepas menerima rawatan drp kak ida nie, terus melekat...

Time tuh rasa seronok sgt sbb rasa mcm ada satu harapan baru... tapi saya tetap berhati2 sbb yelah, info dlm internet bukannya 100% boleh dipercayai, betul tak? So, saya pun terus search pasal kak ida nie, and then terjumpa la blognyer - http://shuhaida.blogdrive.com/ ... rupanya kak ida nie kononnya seorang doktor yg telah berpindah ke rawatan alternatif iaitu mengurut... hehe...

Kak Ida nie ada bukak satu pusat rawatan di Putra Perdana. Untuk pasangan yg ingin buat rawatan zuriat disarankan pegi tempat dia nie hari sabtu dan ahad jer... Suami isteri akan diurut dgn menggunakan minyak buatannya sendiri - Minyak Shuhaida 1001... Suami juga akan diurut dengan seorang pengurut lelaki yang dibawa khas dr Penang... kononnye laa... bayaran mengurut RM38. bayaran untuk minyak dia RM28... (lebih kurang mcm tu lah...saya pun dah lupe..:-))

Dalam hati nie bukan main dah sett dah nak pi buat rawatan dgn akak Shuhaida nie...dah inform pun hubby... hubby pun sokongg!...

And then nak dijadikan citer, semalam saya search lebih lanjut ttg rawatan zuriat kak ida nie utk tahun 2010 pulak... sebab selama nie duk baca info semua masa tahun 2005...sebenarnya saya nk siasat sama ada pusat rawatan nie masih bukak lagi ataupun dah lingkup...maklumlah dah 5 tahun...

Search saya itu membawa saya ke satu forum (forum CARI) di mana ada sorang hamba Allah tu pun tanya sama ada sesiapa pernah terima rawatan daripada kak ida nie... apabila membaca reply kepada soalan tersebut, akhirnya sudah jelas pada saya yang kak ida nie sebenarnya seorang PENIPU... di bawah nie saya copy paste info yg saya dapat dari forum tu untuk bacaan semua.

extract dari Cari Forum:

[quote]salam,
nak tanya sket..

ada x sape2 yg kat sini pernah mendapatkan rawatan zuriat dgn akak sorang ni, nama dia x tau, tapi dia ada buat produk minyak SHUHADA..pejabat dia kat puchong..


salam TT...

kebetulan pulak aku penah berurusan dgn kakak ni...tapi sebelum tu aku mintak maaf kalau ada sapa2 penah berubat dan berurut dgn dia dan berjaya...

pengalaman aku dulu...jumpa no tel dia kt dlm tenet/ wesite dia. mulanya aku cuma nak beli minyak urut dia yg harga RM28 tu je...maca call hari yg sama dia kata kebetulan dia lalu area kwsn aku...jadi dia ontheway boleh bagi minyak tu...

aku punya lah hepi...sbb brg yg dihajat boleh dapat on time. masa jumpa dia (husband dia bawa keta with her daughter). dia kata dia leh urut utk rawatan zuriat. aku ni mmg le tgh mencari org pandai ngurut.

aku kata nanti ada masa aku gi tmpt dia nak urut. tapi belum sampai seminggu dia call aku...dia kata dia ada dekat2 kawasan aku tu sbb baru lepas ngurut customer dia baru lepas bersalin. aku ok aje sbb mgkin senang tak payah aku ke tmpt dia kat puchong nun.

dia pun datang...urut2 perut...dia cakap insyallah paling cepat 3 bulan paling lambat 6 bulan aku leh pegnen...amboi konfiden nya dia. masa tu dia urut lebih kurang 20 min je...

dia kata mula2 urut ni dia charge aku RM180. heran gak aku...apasal dia tetapkan harga..mahal lak tu...urut tak seberapa pun. dia kata lepas ni kalau dtg berurut dth tmpt dia kat putra perdana tu dia tak kena kan bayaran apa2 free...ohhh camtu ka...aku pun ok aje lah.

ada sekali je aku sempat gi tmpt dia...tapi masa tu dia kata aku dah 2 minggu period tak leh urut. yalah time period aku nak habis dia pulak bz...
billa aku call dia kata dia kat penang la...uruskan anak buah dia la...sampai sudah ni aku tak dapat jumpa dia...

satu lagi yg buat aku mosykil bila dia kata dia pregnen (time tu memula aku jumpa dia bulan 8 2009. dia kata bulan 10 2009 dia due. tapi masa aku pegi jumpa dia bulan 12 tengok perut dia camtu gak...apasal tak beranak2...aku rasa dia ni mengamalkan ilmu tpu menipu gak...(aku lom confirmkan lagi penipuan dia) sbb aku nak cuba call dia lagi...lepas ni nak tengok apa alasan dia...

dah la duit RM180 dia dah ambik awal2 siap dtg rumah mcm org terdesak nak duit je...bila aku call nak buat rawatan ada je alasa sibuk dia...

aku harap TT berhati2 dgn tukang urut yg ada premis ni...kadang2 dia nak ambik bayaran awal dari customer sbb nak cover lain2 kos.


seliparburuk posted at 22-3-2010 20:31
survivor, betul apa yg awak alami sama macam kawan saya alami. kawan saya kata nak urut. kakak tu kata bayar dulu rm180. nanti dtg urut sekali lagi tak payah bayar. dia urut sekejap je. masa tu tak ingat bulan berapa dia kata dia pregnant nak dkt due dah. saya rasa dia ni menipu gak.
zamirra posted at 23-3-2010 11:37


[b]seliparburuk[/b]

salam TT...

kebetulan pulak aku penah berurusan dgn kakak ni...tapi sebelum tu aku mintak maaf kalau ada sapa2 penah berubat dan berurut dgn dia ...

wah..modus operandi dia sama la ngan saya..

sy call dia tetiba je dia ckp nk ke area rumah sy mlm tu..pastu sy pon ok kan je..

dah balik rumah dr opis dlm kul 7 tetiba mcm sy br tersedar..sy sms dia ckp x jadi buat rawatan tu sbb ada hal..

mula2 dia reply ckp o.k..x lama pas tu dia bg sms lg ckp dia dah kat area rumah sy sebenarnya..sggh solat kat

petrolpam..pastu dia dah cancelkan semua app. dia ngan org lain sbb nk dtg umah sy..masa mula janji kul 8.30pm tapi kul

7 dah ada kat area umah sy..pelik tu..sy reply la msg di..kan janji kul 8.30..dia ckp takut jln jem..sy jemput gak dia dtg

umah tapi x buat la rawatn tu, dia tolak lak..klu dia ikhlas apa salahnya dtg jenguk umah sy betul x?

bayaran yg dia tetapkan kat sy RM293..rawatan + minyak dia..

sy bg tau dia bila2 sy nk buat rawatn tu sy call dia..tapi selang sehari dia sms lagi ckp nk dtg umah kebetulan dia dah kat area umah sy..nasib la x terkena..klu x melayang duit sy RM293..

-------------end

Haa amacam...? apakah anda rasa sama seperti yg saya rasa...? sepatutnya penipu cam nie dah lama kena tangkap kan? dah 5 tahun dia menjalankan 'kerja'nya nie menipu orang2 yang berikhtiar untuk mendapat zuriat... tak baik betull...

So, begitulah citernya...sorry la sebab panjang sikit...:-) tapi saya berharap takde lagi orang yang akan tertipu dengan kak ida nie...

Moral of the story, siasat dulu sebelum terkena...:-D

23 comments:

  1. Kesiannya,,ada jugak manusia macam nie yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia mcmana? siasat dulu betul ke tidak jng sedap mulut nak tuduh org penipu.

      Delete
    2. Salam...saya telah menggunakan produk minyak 1001 rahsia alam ni sejak 13 tahun yg lepas utk ank saya. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah memberi kesan yg baik.

      Delete
  2. Hi...
    Great job...thanks for your great information....
    Generic Viagra

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana rupa org yg tak takut hukum fitnah..hidup tenang ke? asyik nak negatifkn org je..klu tak puashati sms sy 019-6069117..sy pun nak tahu juga apa maksud u ni

      Delete
  3. Salam, sorry menyampuk. Saya pernah NAK cuba Minyak 1001 nie dan saya juga telah ber'contact'2 ngan K.Ida nie. Tapi saya cuma nak beli minyak jer bukan urut la. Tapi caranya sama dan ayat nya juga sama. "Kebetulan lalu di kawasan rumah dan boleh singgah hantar".

    Saya search pasal minyak nie pada 2009. Masa tue ada masalah kulit. Masa dia kata nk datang umah, memang saya pun tak berani nak cakap kat mana. Manalah tau, kut dia bawa rombongan merompak plak, habis saya. (Zaman skrg nie lain, kena hati2).

    So, disebabkan saya nie jenis suka pergi kedai terus, saya cakap tak perlu datang rumah sebab saya sibuk kerja dan selalu out station, saya nak beli nanti saya pergi kedai jer. Dia ada gak call berkali2, time saya kerja pulak tue. Memang saya tolak terus la sbb tengah kerja kan. Tapi dia memang tak bagi saya pergi kedai dia la. Dia cakap takde orang kat kedai. Hati saya agak berat dah masa tue. Kepercayaan pulak dah kurang bila dia cakap takde orang kat kedai. Saya tau area Putra Perdana tue mcm mana, jadi sy membayangkan kedai dia ala2 kedai jamu lah sesuai dgn keadaan kat situ... Bila dia kata takde orang, saya pelik la jugak. Tapi tak fikirkan sgt sbb sy berhasrat nak pi kedai dia jugak.

    Untuk pengetahuan semua pembaca, rumah saya nak ke kedai tue dalam 10 minit jer naik moto. Naik basikal pun boleh. Heheh. So, saya nak memuaskan hati saya nie, saya pergi buat pantauan. Memang kedai tue ada, cuma saya tak naik la. Tengok dari bawah jer. Cam takut jer nak naik. Putra Perdana tue dah lama, bangunan dah lama, faham2 jer la macam mana rupanya. Tambahan kedai dia atas workshop. Tapi tak kisah la kan. Saya tengok khidmat2 yang ada kat bunting dia selain jual minyak tue. Penyakit2 ganjil pun boleh diubati. Agak bagus juga. Tapi tak pulak rasa nak melangkah naik. Saya pun balik dan cakap kat mak pasal kedai tue..

    Mak saya cakap, kalau hati kita berbelah bagi, maksudnya ada yang tak kena. Sama ada saya sendiri @ sebelah pihak lagi. So, saya pun cam biarkan masa jer yang tentukan. Pejam celik, pejam celik, masa telah pun menentukan sampai skrg sy tak beli pun minyak tue. Heheheh. Tapi tahun 2012 nie saya search pasal dia sbb nak tau perkembangan. Manalah tau ubat dia tue mujarab sebab saya tgk kedai dia masih ada di situ. Tak sangka plak maklum balas pengguna negetif jer byk. Huhuhu.

    Kalau betul K.Ida nie tipu, kiranya saya antara yang terselamatlah. HUhuhu sedih juga, apapun syukur ke hadrat ALLAH. ALhamdulillah... Terima kasih Ya Allah... Tak sia2 saya dengar cakap mak. Terima kasih gak kat mak.

    ** Kadang2 kesian gak kat org melayu kita yang nak meniaga. Asyik kena kondem jer. Tapi nak salahkan org lain pun tak boleh gak, kes penipuan byk pun mereka2 nie gak yg punya kerja. Hurm, tak tau la salah sapa, inilah karma... Apapun hati2 lah dalam urusan mcm nie.

    From,
    Sekadar berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nilah shuhaida yg kamu maksudkan tu,,ok trm kasih ye..nak bagitau tak lama lagi saya nak buka kilang,nanti saya nak mohon lesen dgn daerah nak gantung banting,saya nak gantung dr trafik light seblm shell sampai kat kilang saya tu..nanti blhlh mai tengok2..lepas tu blhlh kutuk2,,bab kutuk mengutuk ni ramai pengikut dia.

      Delete
    2. mak saya pula mengajar sy dr kecil jng bersangka buruk dgn org.klu tak kenal tak pernah jumpa mana kita tau dia baik ka tak,kita tu baik sgt ka.? sampai nak seronok2 nak ckp pasai org lain..saya nak bgtu saya buka kedai kat situ dah dkt 10 thn lps..tak pernah pun ada yg dtg pej sy marah2 ckp itu ini..tup2 seronok mengutuk2 kat belakang..sesekali tu pandang ke langit ingat lidah blh ckp apa sja..cuba fkr yg baik2.suci hati bersangka baik dgn org.knp nak rasa curiga sebab kita tak yakin dgn diri sendiri..mengutuk org memang seronok tapi hidup tenang ka? klu sy tak maafkn apa nak ckp..jng ckp ikut sukahati,allah bg otak lain kali guna..jng sedap mulut ja

      Delete
  4. Assalam..maaf la..sy antara pelanggan yg tlh berjaya hamil semasa buat rawatan dgn kak ida ni..tp mkin itu secara kebetulan..wallahualam..disebabkan sy tlh berjaya hamil..sy ada jg syorkan dekat kwn2 utk buat rawatan dgn kak ida ni..niat sy mmg ikhlas nak membantu tp klu betul kak ida ni penipu..sy minta maaf bnyk lah..dr alamat yg di sebut di atas ni mmg kat situlah kedainya..ni pun masih ramai yg bertanya tentang rawatan di sana..sy rs berbelah bagi pulak nak bagitau diorg..mcm mn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak yati dengan kata-kata kesat ni..saya terima dgn redha..saya tak lupa bagaimana saya mengharungi masa hujan lebat dtg rumah kamu di damansara,saya tersalah ingatkan kamu tinggal di tingkat 10 pintu 1 rupanya tingkat 1 pintu sepuluh..lif pula rosak saya takut dgn suasana yg gelap saya turun ikut tangga bersama laungan azan insyak.saya datang tengok kamu buat apa yg perlu..saya tak minta bayaran saya dtg ke rumah kamu.saya ikhlas ingat mcm adk saya sendiri ini balasan saya terima..amin..terima kasih ye ..kalaulah tukang urut tu hanya hidup dgn duit urut org mcmana hinanya..saya nak bagitahu yg saya tak makan duit rawatan yg dibayar hanya saya ambil duit keuntungan jualan myk saya sahaja..duit2 itu saya beli pasir dan batu dan ada saya masukkn dlm tabung masjid

      Delete
  5. saya pernah juga pernah berubat di sana memang pun dia tipu kami jangan pergi lagi dan beli minyak Rahsia 1001 semua nya hanya satu penipuan saya amat berharap kakak itu akan sedar apa yang dia telah buat di dunia u lepas jangan lupa akhirat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoyo san ni siapa ye..yg tinggal dkt shah alam sek 7 ke?yang janj pkl 8.30 pagi dtg pukul 11 ke? atau janji suruh saya dtg rumah saya dah depan rumah lepas tu ckp tak jadi suami tak bagi sbb baru period,,kalau betul bagai dikata kenapa tak sms saya atau call cakap apa yg tak puashatinya .senang takyah saya nak berteka teki tapi tak berani ..kalau saya tipu sbb tak hamil ke atau sbb apa?saya ni tuhan ke?saya hairan kenapa nak cari dosa,cuba sms saya ckp,..apa kena mengena dgn myk saya menipu..saya berniaga myk ni dah lbh 10 tahun.pelanggan saya ramai tapi boleh pulak ckp saya akan sedar apa yg saya buat..apa saya buat ?saya tak boleh buat bagi hamil bkn kerja saya.kerja Allah..saya tak faham kenapa nak cari dosa..kenapa tak sms saya ckp shj apa yg tak puashati.nm phn saya sama shj 019-6069117.

      Delete
  6. subhanallah... perempuan perempuan mandul manalah yang tulis dalam blog ni, bawa bawa bertaubatlah kat mana yang tipu no talifon dan alamat kedai masih sama, patut la allah tak bagi anak kat perempuan mandul ni

    ReplyDelete
  7. aku dah buat rawatan dengan kak ida ni orangnya memang baik,dia langsung tak berkira berapa kali pun ok datang dia ok je.aku buat rawatan dari tahun 2006 sekarang anak aku dah 4 orang..aku ni kira penguna setia minyak k.shuhaida.anak aku yang kecil 1 thn 6 bulan pon pandai cari minyak ni bila lepas mandi.aku pelik betul dengan kamu semua ni,kesian aku tengok orang yang tak pernah jumpa k.ida ni pun mcm2 yang dia kutuk..klu kita ke kedai dia lepas balik mesti dia salam dan akan hntr depan pintu mesti dia cakap ada apa2 sms ye..klu tak puashati sms je atau call jng buat dosa kering mcm ni..aku memang marah bila orang cakap myk rahsia 1001 k.shuhaida tu penipu..klu kau orang tak pernah guna atau guna pun tak ikhlas memang tak ada maknanya,minyak ni memang bagus,aku dah guna dah beratus botol dah,sedara aku sebelah suami sebelah aku semua guna myk ni..satulah aku nak pesan kepada org yg buat blog ni..kau kenal ke k.ida ni? kau pernah jumpa dia ke?,org ni biasalah yang tak dapat apa yg dia hajat mcm2lah nak fitnah orang tapi yang hamil2 tu mana,bila dah dpt apa yg dihajat lain pula yang dia orang ckp.aku baru je jumpa k.ida beli minyak nak balik melaka.aku tertanya2 kenapa kau orang ni jadi mcm ni..asyik nak cerita buruk orang,nak tahu tak aku ni dulu dah berhabis berpuluh ribu ringgit buat rwt zuriat apa rwt hospital yang aku tak buat kau ckp je,perut aku sana tebuk sini tebuk alhamdulilah lps aku jumpa dengan k.ida ni melalui seorang guru di damansara aku call dan k.ida sms tarikhnya.aku pergi dgn tiada harapan sbb doktor dah ckp aku mandul dan aku takyah nak mimpi dpt anak sendiri..hati aku memang hancur.lepas jumpa k.ida dia akan terangkan berapa kos yang perlu kita bayar.dia tak paksa aku dia cakap kalau tak nak buat rwt pun tak apa dia tak kisah tapi aku tengok dia memang ikhlas nak tolong aku,jadi aku buat rawatan.lps rawatan ke 4 aku hamil..nah..siapa lbh hebat..aku ni dah tak ada rahim sebelah,tiup pun tersumbat..itulah ajaibnya..aku memang sedih bila ada org ckp k.ida ni penipu..dia memang seorang yang baik..percayalah..allah itu tahu mana yang betul yang tidak..

    ReplyDelete
  8. saya tak faham kenapa org yg guna nama AKU ni buat blog ni...untung apa ye? kenapa dosa yg nak di cari..seronok pula buat benda2 dosa ni siapa blh ckp perniagaan sy dah lingkup..srmbahyang ka kamu ni? sembahyang tapi tak rasa berdosa fitnah org tanpa usul periksa..salah apa saya dgn kamu..selagi saya tak kenal kamu saya tak bersedia maafkn tomahan dan hinaan ini..saya tak rugi apa2 pun klu AKU ni buat blog ni..saya tak hadap duit bayaran rawatan yg di bayar.saya menjual myk saya ini bukan baru.peminat setia myk saya ramai..klu niat org yg guna nama samaran AKU ni nak melingkupkn perniagaan org insallah tengoklh hidup kamu tak ke mana..sy bkn baru dlm buat rawatan zuriat..tangan saya sudah buat rwt lbh 1000 org..jng ckplh perangai mcmana nak saya ckp..bab suami2 yg gatal hntr gambar tak elok dgn saya,bila dtg dgn isteri buat muka tak malu ja..ada ke saya ckp pd isteri2 ni..seblm buat rawatan merayu2..ckp manis mulut..klu dpt apa yg dihajatkn,saya sms tak jwp saya call tak angkat..last terjumpa,,dah usung perut..nak ckp terima kasih jng haraplh..klu ada masalah suami buat hal..kring2 call kita..ada bayaran ke masa sy dengar mslh tu...klu yg hamil tu mcm yatilatip jadi yg tak hamil tu mcm yoyo sanlh..kutuk2 hina kita..sy niat nak tolong,sy dtg rumah isi myk kereta bayar tol guna kulit kayu ka..satu cerita seorg perempuan ni call sy ckp dia dah 3 thn tak ada anak,dia pergi hospital tawakal ada seorg doktor ni bg nm sy,dia call..saya kesian saya dtg rmh dia flat yg mengadap logi..sy pun buat rwt saya ckp saya dtg sini saya nak charge rm5 duit myk.jd jumlh rm28 dan urut rm50 dan rm5..dia bayar..saya ckp klu tak puashati atau ada apa2 sms..selang 2 bulan dia call sy..k.ida saya nak minta duit saya blk..sekrg sy hamil tapi mak saya ckp saya hamil lps saya berubat dgn bomoh di johor..akak blh bank in blk tak dlm akaun saya.saya nak semua ye kak..ms dia call sy kat tesko.jadi sy pergi atm saya transfer..dlm hati saya mana dia blh tahu siapa yg hamilkn dia...saya mula terfikir klulh org yg hidupnya bekerja sebagai tukang urut kesiannya..ada juga manusia mcm ni..selang 3 thn selepas tu walaupun sy sudah padam nm phn org tu saya kenal siapa yg call sy..dia ckp anak dia cacat sejak lahir kaki dan tangan semua lembik..sy bkn tak mau tlg tapi sy dah rs serik nak tlg.klu

    ReplyDelete
  9. dia ckp mcm tu saya pula terfikir siapa pula dia nak ckp siapa yg buat anak dia cacat..ada juga yg buat rawatan yg baik2 ..yg baik seperti farah banting,yana putrajaya,haiza Lkim,mastura kastam klia,nik kelantan .saya betul rass marah apabila kawan saya call sy ckp engkau tak baca ke blog yg kutuk2 kau..sy tak ada ms sebenarnya nak layan benda2 mcm ni tapi hairan kenapa klu tak puashati call sy..jng buat fitnah mcm ni. A ckp mcm ni b pula tambah c pula jadi batu api .yg peliknya AKU ni tak hamil2 lg..kerja yg kau buat ni bahagia ke,? klu tak ada kerja jng cari dosa..duduk tikar sembahyang bnk2 berdoa..bkn buat kerja tak berfaedah mcm ni..tak malu kat suami ke? inikah isteri yg bakal nak melahirkn zuriat yg baik2..klu kita seorg guru,tak kisahlh anak sendr ke anak angkat ke kita mesti hntr anak2 ke sekolah,beli buku bayar yuran..perlu belajar di A.. blh ke kita agak apa anak ni nak jd? semua bergantung pada kita..bila hntr tuisyen anak tak pandai di maki2nya cikgu tu...anak saya semua belajar di SJKC..yg pertama dah masuk UPSI.sbbnya ibubapa perlu ingat bila kita baik dgn guru bersedia menerima teguran cikgu tak akn merasa tertekan,klu tak puashati dtg jumpa berbincang..anak2 kita mesti berjaya.insallah..mcm sy sekrg niat nak tlg,tapi yg suami isteri ni tak mahu tlg diri sendr.asyik nampak salah org...bkn ini caranya.klu tak puashati sekrg ni blh wasap je.019-6069117..saya ni tak heran sebnrnya dgn cacian org ni sbb sy tahu kalau kita buat baik jng kita harap org akn buat baik pada kita..saya yakin demi ALLAH rezeki saya datang dariNYA bukan dr manusia..

    ReplyDelete
  10. Saya baru 1st time pakai minyak akak ni 5bln lps.mmg terbaik!! Dia pny kelebihan more than 10 in 1...in shaa Allah sy akn terus pengguna yg setia.lantak pi la dgn komen2 negatif yg dh lama ni.sikit pun xheran n menggugat kepercayaan terhadap minyak ni...so pendek kata, judge the cover by its book. Try dulu minyak ni baru boleh ckp (itu pun depands la dgn kulit msg2, yg terlebih sensitif tu xyah la try.g beli product organic or product branded2 yg dibangga2kan)..sakit mata tgk komen2 negatif ntah pape.plg karut bab nk hamil tu.xsalah kalau ikhtiar tp mcm suruh akak ni buat magic.perghh dasyat..Allahuakhbar! Dasyat komen2 negatif ni.lansung xingat mengata org sedap2

    ReplyDelete
  11. Saya baru 1st time pakai minyak akak ni 5bln lps.mmg terbaik!! Dia pny kelebihan more than 10 in 1...in shaa Allah sy akn terus pengguna yg setia.lantak pi la dgn komen2 negatif yg dh lama ni.sikit pun xheran n menggugat kepercayaan terhadap minyak ni...so pendek kata, judge the cover by its book. Try dulu minyak ni baru boleh ckp (itu pun depands la dgn kulit msg2, yg terlebih sensitif tu xyah la try.g beli product organic or product branded2 yg dibangga2kan)..sakit mata tgk komen2 negatif ntah pape.plg karut bab nk hamil tu.xsalah kalau ikhtiar tp mcm suruh akak ni buat magic.perghh dasyat..Allahuakhbar! Dasyat komen2 negatif ni.lansung xingat mengata org sedap2

    ReplyDelete
  12. Kalau nk kata kak ida penipu, sebelum ni saya order brg kak ida tak pernah kene tipu. Sampai on time. Siap kak ida bg consultation melalui call lg. Jauh tau.

    Pulih atau tidak pulih penyakit itu semuanya dengan keizinan Allah SWT. Kita sebagai manusia perlu ikhtiar. Bukan menyalahkan orang macam ni. Bykkan bersabar kak ida....

    ReplyDelete
  13. Pihak syarikat sudah membuat satu laporan polis terhadap penulis blog Aku pada 21 haribulan 7 2019!atas nasihat peguam..pihak kami sedang mengesan semua komen berbaur fitnah dan berniat jahat untuk memjatuhkan nama baik syarikat..
    Kami sedang memgesan anda..masa yang terlalu lama telah kita beri tiada lagi perbincangan selepas ini..
    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah semua sudah selesai..satu laporan polis telah dibuat pada 21/7/19 di balai polis taman putra perdana terhadap penulis blog yang mengunakan nama Aku..penulis berniat jahat untuk menjatuhkan nama syarikat dan perniagaan syarikat..
    Atas nasihat peguam komen yang berbaur fitnah akan disiasat..
    Pihak syarikat sudah memberi jangka masa yang lama untuk penulis blog memadamkan tomahan ini tetapi tiada tindakan yang diambil..sikap begini memberi kesan tidak baik pada syarikat..oleh itu..kita beri kepada pihak peguam untuk mengambil langkah seterusnya..
    Sekian terima kasih

    ReplyDelete