Tuesday, July 27, 2010

Pusat Rawatan Shuhaida - satu PENIPUAN???!

Salam,

Beberapa hari yang lepas semasa saya tgh dok search the Internet mengenai rawatan untuk mendapat zuriat, saya terjumpa suatu forum yang mengatakan Kak Ida (Shuhaida) dapat membantu untuk pasangan yang bermasalah untuk mendapat anak. Forum tu bertarikh 2005 lepas. Katanya lagi, dah ramai orang yang susah nak dapat anak, lepas menerima rawatan drp kak ida nie, terus melekat...

Time tuh rasa seronok sgt sbb rasa mcm ada satu harapan baru... tapi saya tetap berhati2 sbb yelah, info dlm internet bukannya 100% boleh dipercayai, betul tak? So, saya pun terus search pasal kak ida nie, and then terjumpa la blognyer - http://shuhaida.blogdrive.com/ ... rupanya kak ida nie kononnya seorang doktor yg telah berpindah ke rawatan alternatif iaitu mengurut... hehe...

Kak Ida nie ada bukak satu pusat rawatan di Putra Perdana. Untuk pasangan yg ingin buat rawatan zuriat disarankan pegi tempat dia nie hari sabtu dan ahad jer... Suami isteri akan diurut dgn menggunakan minyak buatannya sendiri - Minyak Shuhaida 1001... Suami juga akan diurut dengan seorang pengurut lelaki yang dibawa khas dr Penang... kononnye laa... bayaran mengurut RM38. bayaran untuk minyak dia RM28... (lebih kurang mcm tu lah...saya pun dah lupe..:-))

Dalam hati nie bukan main dah sett dah nak pi buat rawatan dgn akak Shuhaida nie...dah inform pun hubby... hubby pun sokongg!...

And then nak dijadikan citer, semalam saya search lebih lanjut ttg rawatan zuriat kak ida nie utk tahun 2010 pulak... sebab selama nie duk baca info semua masa tahun 2005...sebenarnya saya nk siasat sama ada pusat rawatan nie masih bukak lagi ataupun dah lingkup...maklumlah dah 5 tahun...

Search saya itu membawa saya ke satu forum (forum CARI) di mana ada sorang hamba Allah tu pun tanya sama ada sesiapa pernah terima rawatan daripada kak ida nie... apabila membaca reply kepada soalan tersebut, akhirnya sudah jelas pada saya yang kak ida nie sebenarnya seorang PENIPU... di bawah nie saya copy paste info yg saya dapat dari forum tu untuk bacaan semua.

extract dari Cari Forum:

[quote]salam,
nak tanya sket..

ada x sape2 yg kat sini pernah mendapatkan rawatan zuriat dgn akak sorang ni, nama dia x tau, tapi dia ada buat produk minyak SHUHADA..pejabat dia kat puchong..


salam TT...

kebetulan pulak aku penah berurusan dgn kakak ni...tapi sebelum tu aku mintak maaf kalau ada sapa2 penah berubat dan berurut dgn dia dan berjaya...

pengalaman aku dulu...jumpa no tel dia kt dlm tenet/ wesite dia. mulanya aku cuma nak beli minyak urut dia yg harga RM28 tu je...maca call hari yg sama dia kata kebetulan dia lalu area kwsn aku...jadi dia ontheway boleh bagi minyak tu...

aku punya lah hepi...sbb brg yg dihajat boleh dapat on time. masa jumpa dia (husband dia bawa keta with her daughter). dia kata dia leh urut utk rawatan zuriat. aku ni mmg le tgh mencari org pandai ngurut.

aku kata nanti ada masa aku gi tmpt dia nak urut. tapi belum sampai seminggu dia call aku...dia kata dia ada dekat2 kawasan aku tu sbb baru lepas ngurut customer dia baru lepas bersalin. aku ok aje sbb mgkin senang tak payah aku ke tmpt dia kat puchong nun.

dia pun datang...urut2 perut...dia cakap insyallah paling cepat 3 bulan paling lambat 6 bulan aku leh pegnen...amboi konfiden nya dia. masa tu dia urut lebih kurang 20 min je...

dia kata mula2 urut ni dia charge aku RM180. heran gak aku...apasal dia tetapkan harga..mahal lak tu...urut tak seberapa pun. dia kata lepas ni kalau dtg berurut dth tmpt dia kat putra perdana tu dia tak kena kan bayaran apa2 free...ohhh camtu ka...aku pun ok aje lah.

ada sekali je aku sempat gi tmpt dia...tapi masa tu dia kata aku dah 2 minggu period tak leh urut. yalah time period aku nak habis dia pulak bz...
billa aku call dia kata dia kat penang la...uruskan anak buah dia la...sampai sudah ni aku tak dapat jumpa dia...

satu lagi yg buat aku mosykil bila dia kata dia pregnen (time tu memula aku jumpa dia bulan 8 2009. dia kata bulan 10 2009 dia due. tapi masa aku pegi jumpa dia bulan 12 tengok perut dia camtu gak...apasal tak beranak2...aku rasa dia ni mengamalkan ilmu tpu menipu gak...(aku lom confirmkan lagi penipuan dia) sbb aku nak cuba call dia lagi...lepas ni nak tengok apa alasan dia...

dah la duit RM180 dia dah ambik awal2 siap dtg rumah mcm org terdesak nak duit je...bila aku call nak buat rawatan ada je alasa sibuk dia...

aku harap TT berhati2 dgn tukang urut yg ada premis ni...kadang2 dia nak ambik bayaran awal dari customer sbb nak cover lain2 kos.


seliparburuk posted at 22-3-2010 20:31
survivor, betul apa yg awak alami sama macam kawan saya alami. kawan saya kata nak urut. kakak tu kata bayar dulu rm180. nanti dtg urut sekali lagi tak payah bayar. dia urut sekejap je. masa tu tak ingat bulan berapa dia kata dia pregnant nak dkt due dah. saya rasa dia ni menipu gak.
zamirra posted at 23-3-2010 11:37


[b]seliparburuk[/b]

salam TT...

kebetulan pulak aku penah berurusan dgn kakak ni...tapi sebelum tu aku mintak maaf kalau ada sapa2 penah berubat dan berurut dgn dia ...

wah..modus operandi dia sama la ngan saya..

sy call dia tetiba je dia ckp nk ke area rumah sy mlm tu..pastu sy pon ok kan je..

dah balik rumah dr opis dlm kul 7 tetiba mcm sy br tersedar..sy sms dia ckp x jadi buat rawatan tu sbb ada hal..

mula2 dia reply ckp o.k..x lama pas tu dia bg sms lg ckp dia dah kat area rumah sy sebenarnya..sggh solat kat

petrolpam..pastu dia dah cancelkan semua app. dia ngan org lain sbb nk dtg umah sy..masa mula janji kul 8.30pm tapi kul

7 dah ada kat area umah sy..pelik tu..sy reply la msg di..kan janji kul 8.30..dia ckp takut jln jem..sy jemput gak dia dtg

umah tapi x buat la rawatn tu, dia tolak lak..klu dia ikhlas apa salahnya dtg jenguk umah sy betul x?

bayaran yg dia tetapkan kat sy RM293..rawatan + minyak dia..

sy bg tau dia bila2 sy nk buat rawatn tu sy call dia..tapi selang sehari dia sms lagi ckp nk dtg umah kebetulan dia dah kat area umah sy..nasib la x terkena..klu x melayang duit sy RM293..

-------------end

Haa amacam...? apakah anda rasa sama seperti yg saya rasa...? sepatutnya penipu cam nie dah lama kena tangkap kan? dah 5 tahun dia menjalankan 'kerja'nya nie menipu orang2 yang berikhtiar untuk mendapat zuriat... tak baik betull...

So, begitulah citernya...sorry la sebab panjang sikit...:-) tapi saya berharap takde lagi orang yang akan tertipu dengan kak ida nie...

Moral of the story, siasat dulu sebelum terkena...:-D

Monday, July 26, 2010

No kontek tukang urut

Salam,

Berikut adalah senarai tukang urut/bidan yang mengurut orang-orang yang ingin memperolehi zuriat. Nombor2 kontek diorang nie saya ambik semasa browse dalam Internet .. saya akan catatkan di sini supaya saya tidak lupa... senarai ini akan sentiasa dikemaskini.

Jika ada sesiapa yang tahu mengenai tukang2 urut lain, sama-samalah berkongsi maklumat tersebut dengan menulis di ruangan komen... terima kasih banyak-banyak...:-)


1. Kak eton (o12-9067916) - kawasan Ampang,Selangor

2. Mak Aji (012-2831769) - kg. pandan

3. Makcik Hawa(Mak Tua), Bukit Perah,N.9 call anis-017-3460377

4. Mak Dara, Lepas pekan batu 18 Ulu Langat, 03-90215901

5. Desa Tasik Itam, menghala ke Dengkil, 03-80619414

6. Bandar Baru Bangi, No 8,jln 2/3A Fasa 2, 03-89262649

7. kat segambut...dekat dekat dgn, international school mont kiara, Makcik esah, 03-62576424

8. Taman medan, KL, cik ayu 03-77810377

9. Call 03-61207417

10. Hubungi En. Sabri di Pasir Mas, atau pada hari Ahad di kg. Jawa, Taman Dato Tahir No. 42. Telefon No. : 013-9291377

11. Pak Dollah flet sri melaka.. Cheras 019-2504751

12. Nenek Melah - Tel : 0192054640. Bidan ni orang panggil Nenek je..dia boleh ngurut untuk dapatkan zuriat, berkesan sangat...tapi dia tak ngurut untuk lepas bersalin. Dia jugak arif bab-bab lain.

13. Kak Esah Tel : 016-3908180 - dia boleh ngurut org bersalin, nak zuriat, dan ngurut seluruh badan atau bahagian2 tertentu. Bertungku dan bertagas juga boleh, serta mandi. Kak Esah ni dekat Batu Caves, jalan nak ke Ulu Yam. Urutan dia sedap..best sangat...tak terlalu kuat terutama bagi yang tak biasa mengurut.

14. Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) . Tel : 03-31687149 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.) Urutan cara lama yang sangat efektif.



p/s: maaf jika info tak lengkap sbb copy paste dr forum lain jugak nie..:-) tapi jika ada yang pernah mengurut dengan tukang2 urut di atas, silalah ceritakan pengalaman anda di blog ini yer... tq!

Wanita mandul akibat gangguan jin - sekadar berkongsi cerita

Wanita mandul akibat gangguan jin
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

SOALAN:
Saya telah berumah tangga lebih daripada 12 tahun, tetapi masih tidak mendapat zuriat. Puas berubat berjumpa doktor pakar, tetapi masih tidak berhasil. Doktor kata, semuanya tidak ada masalah, sama ada dari pihak saya atau suami. Suami saya seperti biasa biarpun kami masih tidak ada cahaya mata setelah berkahwin begitu lama. Namun jauh di sudut hati, saya merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam kehidupan kami.

Persoalan yang perlu saya kemukakan, adakah berkemungkinan ada punca lain yang menyebabkan kami tidak mempunyai zuriat? Pernah dua kali saya seperti mengandung selama lebih kurang tiga bulan, tetapi tidak lama lepas itu, saya seumpama keguguran. Sebelum keguguran saya selalu mengalami mimpi yang pelik-pelik, juga sukar tidur malam. - ROHANI, Hulu Klang

JAWAPAN:
Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali.

Suami perlu berupaya mengeluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan di mana ia bergantung kepada saluran produktif dan ovari.

Mandul pada pihak perempuan boleh berlaku kerana tidak ada keseimbangan hormon, aliran telur yang terganggu akibat saluran yang menyekat. Terdapat pelbagai kaedah dan rawatan yang terkini, yang dilakukan di hospital-hospital, dalam usaha mengatasi atau menolong masalah mandul.

Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

4. Mengigau ketika tidur.

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Menurutnya lagi, kemandulan yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Gangguan seperti ini menurut pengalamannya boleh dirawat atau diatasi menurut kaedah yang dijelaskan. Termasuk dalam hadis Safiyah binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Al-Qadi Badruddin. Abi Abdullah dalam bukunya bertajuk, Garaibu wa Ajaibu `l-Jinn (1983:144-145) menjelaskan tentang satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi, yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masalah turun haid yang begitu lama.

Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan olehnya. Akhirnya baginda bersabda: Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan - Riwayat At-Tarmizi.

Wahid Abdul Salam Bali (1412H:113) juga menjelaskan kaedah untuk merawat mereka yang mengalami masalah kemandulan akibat gangguan jin seperti dijelaskan di bawah ini:

1. Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir. Doa-doa ini boleh juga dirakamkan dan diperdengarkan kepada pesakit selama tiga kali setiap hari.

2. Ia hendaklah membaca surah as-Saffat pada waktu subuh, ataupun diperdengarkan kepadanya.

3. Membaca surah al-Ma’arij ketika hendak tidur, ataupun diperdengarkan kepadanya.

4. Bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat sebanyak tujuh kali, pada minyak zaitun kemudian disapukan pada dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

5. Bacakan ayat-ayat yang sama pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Amalan ini hendaklah dilakukan selama tiga bulan di samping mengamalkan suruhan syariah agar ia menjadi mukmin yang sebenar, yang disembuhkan oleh Allah bertepatan dengan firmannya (Isra’: 82) Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman.

Menurut Wahid Abdul Salam Bali lagi, Allah telah menentukan penawar dan kesembuhan bagi mereka yang beriman. Banyak orang yang menghadapi masalah seperti ini dirawat menurut kaedah yang dijelaskan dan sembuh dengan izin Allah.

Jelasnya perempuan yang menghadapi masalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir seperti yang dijelaskan, di samping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Untuk memperkuatkan tubuh pesakit, madu asli yang dicampur dengan jintan hitam diminum pada waktu pagi, sebelum sarapan dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Bacakan bahan tadi dengan bacaan surah Yasin dan surah al-Jin.

Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah yang dihadapi oleh kaum wanita yang terlibat, selain daripada sebab-sebab fizikal:

1. Akibat sihir.

2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina, menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

Untuk merawat pesakit seperti ini, selain daripada kaedah yang dijelaskan di atas, kaedah berikut hendaklah diikuti:

1. Berpakaian menutup aurat dan bertudung, di samping menjauhkan diri daripada tabiat terlalu suka bersolek di hadapan cermin.

2. Mendengar surah al-Baqarah sekali di siang hari dan sekali pada waktu malam dalam bilik tidur. Paling baik orang yang terlibat membacanya.

Andainya pesakit menjadi tidak menentu, menggigil tubuh, sesak nafas, sakit dada ataupun sakit pada bahagian mata, suruh pesakit

1. Mendengar ayat-ayat al-Quran terus-menerus, terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.

2. Menjaga sembahyang pada waktunya, juga sentiasa berzikir.

3. Membaca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, membaca dua kalimah syahadah dan berdoa: Tuhanku, sesungguhnya kutumpukan wajahku pada-Mu, andainya Kau matikan daku pada malam ini, matikanlah daku dalam keadaan Islam, dan andainya Kau hidupkan daku, maka hidupkanlah aku untuk mengingati akan Dikau.

Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga daripada keterangan hadis-hadis. Malah al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam.

Pada dasarnya, jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia, kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia, yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini, ia akan menghadapi masalah ketika tidur.

Syeikh Salam Bali (1992:73) membahagikan tanda-tanda gangguan tersebut kepada dua bahagian, iaitu ketika tidur dan ketika dalam keadaan jaga.

Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak terlena.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

Mereka yang bermasalah seperti ini juga sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

Mimpi melihat binatang yang menakutkan, mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata: Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali. Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.

Amalan untuk memperolehi zuriat

Salam,

Di bawah ini adalah 2 amalan untuk memperolehi zuriat yang rasanya berbaloi untuk saya share kan di sini. Maklumat ini diambil daripada forum yang membincangkan tentang petua mendapat zuriat...


Amalan-amalan Untuk Memperolehi Zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat


Wallahualam...

Salam Perkenalan...

Salam...

Rasanya elokla saya perkenalkan diri ini sebagai Puan S sajer...:-) Untuk pengetahuan semua, saya telah mendirikan rumahtangga dengan suami tercinta sejak 5 tahun yang lepas. Tapi entah kenapa, kami telah diuji dengan ujian yang agak berat iaitu - belum mendapat zuriat:-(... Yang sedihnya, masalahnya berpunca dari saya sendiri yang tidak mampu untuk memberi zuriat untuk suami:-(.. Kami telah berjumpa dengan beberapa pakar sakit puan, antaranya ialah Dr. Hamid Arshat sendiri yg telah mengesahkan saya mengidap PCOS..:-(

Bayangkanlah...5 tahun berkahwin tapi belum ada cahayamata sendiri... kami suami isteri amat menderita disebabkan masalah ini. Malu berhadapan dengan orang ramai, terutama orang2 yg tak memahami akan masalah ini. Apa yang mampu dilakukan hanyalah bersabar, berusaha dan berdoa agar aku dipermudahkan untuk mengandung dan melahirkan zuriat yang beriman, baik dan sihat...

Saya benar2 berharap agar blog ini akan dikunjungi oleh orang-orang yang senasib dgn saya - sukar mendapat zuriat... dan saya juga barharap agar kita akan dapat berkongsi masalah dan meluahkan apa yang terbuku di hati masing2 melalui blog ini...

Ya Allah s.w.t., berikanlah aku ketabahan untuk mengharungi dugaan ini ya Allah...berikanlah aku kesabaran dan makbulkanlah doaku untuk mendapat zuriat bersama suami tersayang sementara kami masih hidup di dunia ini ya Allah ...Aminnn....