Monday, July 26, 2010

Salam Perkenalan...

Salam...

Rasanya elokla saya perkenalkan diri ini sebagai Puan S sajer...:-) Untuk pengetahuan semua, saya telah mendirikan rumahtangga dengan suami tercinta sejak 5 tahun yang lepas. Tapi entah kenapa, kami telah diuji dengan ujian yang agak berat iaitu - belum mendapat zuriat:-(... Yang sedihnya, masalahnya berpunca dari saya sendiri yang tidak mampu untuk memberi zuriat untuk suami:-(.. Kami telah berjumpa dengan beberapa pakar sakit puan, antaranya ialah Dr. Hamid Arshat sendiri yg telah mengesahkan saya mengidap PCOS..:-(

Bayangkanlah...5 tahun berkahwin tapi belum ada cahayamata sendiri... kami suami isteri amat menderita disebabkan masalah ini. Malu berhadapan dengan orang ramai, terutama orang2 yg tak memahami akan masalah ini. Apa yang mampu dilakukan hanyalah bersabar, berusaha dan berdoa agar aku dipermudahkan untuk mengandung dan melahirkan zuriat yang beriman, baik dan sihat...

Saya benar2 berharap agar blog ini akan dikunjungi oleh orang-orang yang senasib dgn saya - sukar mendapat zuriat... dan saya juga barharap agar kita akan dapat berkongsi masalah dan meluahkan apa yang terbuku di hati masing2 melalui blog ini...

Ya Allah s.w.t., berikanlah aku ketabahan untuk mengharungi dugaan ini ya Allah...berikanlah aku kesabaran dan makbulkanlah doaku untuk mendapat zuriat bersama suami tersayang sementara kami masih hidup di dunia ini ya Allah ...Aminnn....

12 comments:

  1. Salam puan,

    Usahlah bersedih dan berduka Redha lah dengan ketentuanNya. Saya pun senasib dengan puan, setelah 06 tahun berumahtangga, kami belum lagi dikurniakan cahaya mata. Saya memang faham sangat persaan puan. Saya pun camtu jugak. Apa kata kalau puan ambik anak angkat. Saya tahu ini bukannya perkara senang sebab saya sendiri pun mengalaminya. Saya telah mengambil seorang anak angkat boy pada 07.03.2010. And now baby tu dah berumo 08 bulan.Kehadirannya amatlah menggmbirakan kami sekeluarga. Keluarga saya dan suami tidak pernah membezakan beliau. Dia dianggap seperti darah kandung sendiri. Sediah plak rasa hati saat saya menaip ini.

    ReplyDelete
  2. Salam ayunie,

    Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen di blog saya yang tak seberapa ini...:-)

    Boleh saya tau ayunie ada PCOS jugak ke? ataupun masalah kesuburan yang lain?...sebenarnya beberapa tahun lepas, saya pernah terfikir untuk mengambil anak angkat. Orang kata, kalu kita jaga anak orang lain, mgkn Tuhan akan murahkan + mudahkan rezki kita untuk mendapat anak kandung sendiri...

    Tapi hubby tak brapa setuju dgn cadangan tu sebab iyelah kalu boleh, semua orang mahukan zuriat sendiri kan? setakat nie saya blom boleh ubah pandangan hubby lagi...so that's that...

    ntahla...rasa sedih pun ader bila terpikir mgkn kami berdua akan meniti usia tua tanpa anak2...:-(

    anyway, saya gembira kerana ayunie sudahpun mempunyai anak angkat:-) InsyaAllah, kalau ada rezki, mgkn ayunie akan dikurniakan dengan anak sendiri pulak nnt...:-) Bersama-samalah kita mendoakan satu sama lain agar dipermudahkan mendapat zuriat yer...aminnn....

    tq

    ReplyDelete
  3. salam, saya dapat tahu ttg blog nie waktu pn. tgglkan commnent di blog saya ttg HSG tue.....saya pon ada masalah kesuburan nie.....susah sgt nak dptkan anak...spi sy pernah terfikir mgkn sy mandul....tp setelah berusaha dptlah sorang anak lelaki yg skrg dah berumur 4 tahun....mcm x percaya boleh peknen.....skrg cuba utk yg ke2 nie lg susah cabarannya....dr kata sy ada PCOS....klu nak berkongsi cite boleh add sy di fb Rosmiyati Sulaimi ya....tp pm saya dulu, thanks.....

    ReplyDelete
  4. Salam, sy juga sedang berusaha...semoga jalan dipermudahkan utk kita .amin

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan,,,anytime ble shre ngan saye k! elcome 2 my blog!

    ReplyDelete
  6. terima kasih sbb create blog ini, byk info yg saya dpt..dn yg paling penting dpt berkongsi rasa dn perasaan dgn org yg mempunyai masalah yg sama ...terima kasih

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan... saya panggilan kak long jer.. kak long pun sama masih lagi menunggu jawapan dari Allah samda Dia masih beri kami peluang atau tidak utk menjadi ibu dan ayah kepada anak2 kami.. pe pun, kita sama2 berdoa ye..aamiin

    ReplyDelete
  8. salam,mohon kalau sesiapa tahu tukang urit untuk hamil area johor bahru blh share dgn saya.terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Kita sama.Saya dan suami hampir 2 thn stgh sdh berkahwin tetapi msh blum dikirniakan zuriat.Sy juga mngalami masalah kemurungan,nsb baik en suami sgt supportive.Org sekeliling asyik bertanya shj mnyebabkan sy terasa seperti tidak berkemampuan.Kami sdh jupa doc dan doc ckp semuanya baik2 shj.Kawan saya ckp sy perlu jumpa bidan yg pndai.Beliau ckp ada pnyakit yg xdpt dirawat oleh doc.huhuhu.Sy juga prnh mnjadi mangsa sihir ketika zmn bljar dahulu.Puan skrg apa khabar?any good news..Sy gembira dpt sampai di blog puan.Ada juga org yg senasib dgn sy.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..puan puan semua mohon jangan mengalah ye, teruskan istiqomah untuk terus bersabar..kawasan sy selangor ada seorang mak bidan urut yang khusus berurut untuk dapatkan zuriat, ramai yang mengalami masalah kesukaran untuk mengandung alhamdullilah kebanyakan nya berjaya mengandung, kalau nak detail lokasi dan arah jalan boleh lah email sy di sonyxperian1990@gmail.com

    Lokasi nenek tukang urut ni cuma 20minit kuala lumpur.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..puan puan semua mohon jangan mengalah ye, teruskan istiqomah untuk terus bersabar..kawasan sy selangor ada seorang mak bidan urut yang khusus berurut untuk dapatkan zuriat, ramai yang mengalami masalah kesukaran untuk mengandung alhamdullilah kebanyakan nya berjaya mengandung, kalau nak detail lokasi dan arah jalan boleh lah email sy di sonyxperian1990@gmail.com

    Lokasi nenek tukang urut ni cuma 20minit kuala lumpur.

    ReplyDelete