Salam semua,
Harap-harapnya semua kawan2 berada dalam keadaan sihat hendaknya...
Rasanya sudah lama saya tidak update blog nie. Sebenarnya saya baru aje balik dari kampung 2/3 hari yang lepas. Tak sempat nak update blog kerana terpaksa setelkan perkara lain sebaik saje sampai KL...
Anyway, the best therapy for me time balik kampung adalah bermain2 dan bermanja2 dengan anak buah saya yang sorang tu. He’s gonna turn 9 months this coming 13th May. He’s such a bundle of joy dan pandai sangat2 ambik hati mak su dia nie..heheh.. Lama jugakla saya duduk di kampung, hampir 2 mggu. Time nak balik KL, menangis teresak2 dalam kete. Suami senyap je. Tapi dia tau perasaan saya. Selalu macam tu. Time nak balik kg, gembira bukan kepalang. Time nak balik KL, sedih bukan main ... huhuh...
Masa kat kampung, saya dan hubby asyik duk menyakat si Irfan (anak buah) tuh... mengalahkan mak dan pak dia sendiri heheh... Kalau Irfan tengok je muka kami berdua, dia tersengih-sengih dan mengangkat-angkat tangan (nak suruh org dukung la tuh)...masa tido dlm buai, kalau tiba2 mata dia celik dan terpandang muka saya, terus sengih2 dan kaki dia menggelapar nak turun dari buai...kalau dia jalan2 guna walker, selalu ajak dia masuk bilik untuk main2. Yang sedihnya lepas saya balik KL, mak bagitau yang si kecik tu sering ajer masuk bilik kitaorg (guna walker nya), dan dia terjenguk-jenguk tengok ada orang tak kat dalam... :-( Aduhh sedihnyer rase hati ini... Rindu sgt2 kat si kecik tuh...
Sebenarnya, Irfan sekarang nie dijaga oleh mak dan ayah saya di kampung. Kakak saya (mak Irfan) bekerja kat tempat lain dan hanya balik setiap ujung minggu. Setakat nie kakak saya belum jumpa nanny yang sesuai, so tugas menjaga Irfan diserahkan pada mak dan ayahlah dulu. So la nie takde orang kat umah, puaslah si Irfan tu.. sebelum nie ada org ramai kat umah (kebetulan kakak dan suaminya pun ader balik), punyelah hepi dia sampai melompat-lompat dalam walker... Si Irfan nie suka main2, suka sgt la kalu ada org kejor dia... :-)
Rindu sgt2 nak main dgn anak buah yang sorang tuh... :-(... maklumlah anak sendiri takde.. tu yg paling sedih... Ya Allah cepat2la kurniakan zuriat yang baik dan beriman untuk kami semua... Amin..
P/s: hati terubat apabila hubby izinkan saya balik kampung hujung bulan nie.. dua orang sepupu akan mengadakan majlis perkahwinan time tuh... :-) tak sabarnye nak balik kampung!
Aku Mahu Hamil...
Wednesday, May 11, 2011
Friday, April 22, 2011
Coretan di Pesta Buku...
Salam...
Aduss...... letihnya saya hari nie. Sape2 yang rasa nak ‘xcise’, korang pegilah kat Pesta Buku kat PWTC yang baru je berlangsung hari ini. Gerenti hilang beberapa kilo berat badan...hehe...Kalau tak silap ada 5 buah dewan (yang dibuka untuk event pesta buku nie) yang korang boleh bersiar-siar sambil melihat buku2... :-)
So, aktiviti hari nie, saya naik star lrt kat Sg Besi dan berhenti kat The Mall tepat jam 11 pagi. Kemudian pegi kat foodcourt untuk breakfast bagi mengumpul tenaga untuk memikul buku2 & majalah yg bakal dibeli:-) Sebenarnya boleh dikatakan The Mall dan PWTC nie adalah tempat favourite saya la... bertahun2 dulu saya pernah kerja kat PWTC (sekejap jer)... dan The Mall pula tempat saya biasa lepak2 masa dulu2sementara nak tunggu naik bas balik kampung kat Hentian Putra.
Okla, so lepas breakfast, saya terus ke pwtc. Yang seronoknya pegi hari Jumaat nie ialah pengunjung tak berapa ramai berbanding on weekends iaitu esok dan lusa. Tahun-tahun sebelumnya saya hanya berpeluang untuk pergi pesta buku sama ada hari sabtu atau ahad saja, so percayalah bila saya katakan bahawa time tu memang sesak dengan orang ramai la.. kadang2 tu sampai kena berasak-asak untuk masuk ke dalam dewan...
Sebenarnya sebelum saya berkunjung ke pesta buku hari ini, semalam saya dah siap-siap tengak layout dewan dan senarai penerbit buku yang dimuatkan dalam laman web klibf.com.my. So saya dah catit siap-siap lokasi (booth) penerbit buku yang ingin saya kunjungi hari nie, dan di antaranya adalah Karangkraf dan PTS Publications. Walaupun dah buat perancangan awal-awal, tapi naik pening jugak tengok banyak sangat booth2 penerbit buku hinggakan tak tau nak bergerak ke mana... hehe..
masa tengah berjalan2 tengok buku, biasalah kita akan ditegur oleh wakil2 penjual buku tu kan? Yg tak berapa seronok sangat bila ada yang tanya “Akak dah ada berapa orang anak?”, “Anak akak yang sulung umur berapa?”, “Buku kanak2 nie sesuai sangat untuk anak akak...” Saya taulah yang diorang nak jual buku tapi bila saya kata “Takde anak” diorang macam tak percaya... alahai sedihnyer... bukannya saya bangga sgt nak kata yg saya takde anak, tapi kalau saya tak cakap macam tu, diorang akan teruss ikut saya untuk promote buku diorang... yelah kalau fikir2, diorang tak salah, saya pun tak salah...dua2 tak salah.. so nak buat camna? Bersabar je lah kan....:-)
Overall, kali nie saya banyak membeli majalah daripada buku2. Di bawah adalah senarai bahan bacaan yang saya telah beli:
1. Majalah Rapi (4)
2. Mingguan Wanita (1)
3. Majalah Klik (3)
4. Majalah PC (2)
5. Majalah2 Barat (6) – setahun sekali jer boleh beli majalah2 barat nie sbb harga biasa dia mmg mahal giler. kalau ada pesta buku camni baru harga dia murah..tp yg outdated la heheh..
6. Mastika (1)
7. Majalah iSihat (2)
8. Majalah Al Islam (1)
9. Majalah Ujang (1) & Apo (1) – kalau beli 2, percuma beg kertas. Terpaksa beli sbb geram tengok beg kertas dia yg comey..:-) Kalau ikutkan, dah lama dah tak baca majalah2 lawak jenaka camni heheh..
10. Buku 1001 Petua dari ceruk dapur ke laman rumah
11. Buku Toksin Masuk Toksin Keluar
12. Buku Kenal pasti penyakit: Diagnosis Tapak Tangan
13. Buku Cara Mudah dapat Pinjaman Bisnes
Free Gift: Karangkraf – Sebiji Bantal dan Pembersih Wajah Safi Rania Gold
PTS – 4 keping penanda buku & OXY Blackhead Clearing Wash 3 paket kecik
Moy Publications – beg kertas comel
Kos kesemua bahan2 bacaan di atas lebih kurang RM150 (bajet RM200)...;-) Sebenarnya saya ingat kalau ada masa, saya nak pegi ke pesta buku nie lagi sekali bila2. Saya teringin nak tengok buku-buku Islamik (banyak penerbit buku islamik yang saya tak sempat nak jenguk) dan mungkin buku2 mengenai kesuburan (kalau ada la).
Tepat jam 5, saya bertolak balik naik lrt dan berhenti kat Taman Cahaya (Ampang) kerana suami tunggu kat situ. Maklumlah tempat kerja dia kat area situ jugak...:-) Walaupun letih kerana terpaksa memikul buku2 yg berat dan banyak, tapi saya puas hati... heheh..
So apa yg korang tunggu lagi.. cepat2lah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 ini... rugi kalau tak pegi tau...:-D
Terima kasih kerana membaca bebelan saya mengenai buku ini...huhuh...
Thursday, April 21, 2011
Isteri Kaki Buku...:-)
Salam,
Kali nie nak cerita sikit pasal buku...
Kalau suami saya kaki bola, saya pulak kaki buku...:-) Malam nie saya excited sgt sbb esok nak pegi Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC KL. Pesta buku nie ibaratkan annual event la untuk saya. Tahun nie dah masuk 6x dah saya pi pesta buku nie. Biasanya saya akan pegi sensorang je sbb suami tak tahan tengok buku banyak2...heheh.. takut gak dia pengsan... tapi nasib baikla dia rajin hantar saya pi PWTC...
Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya akan save dulu bajet sebelum pergi ke situ. Tahun nie saya bajet RM200 jer... ntah cukup ntah tak... biasanya saya akan beli pelbagai jenis buku dan majalah (mostly sy beli yg outdated sbb harga murah) cthnya Majalah Rapi, Wanita dll. Percayalah terdapat macam2 buku kat sana.. rugi kalau korang tak pegi tau...:-) Favourite book publisher (yg wajib saya kunjungi) adalah Karangkraf (nie yg paling happening dan paling ramai org), PTS, Penerbitan Pelangi, Karnadya, Utusan Publications, dan Pustaka Islamiyah.
Saya memang suka dikelilingi buku. Masa kecik2 dulu, kalau tanya tempat fave saya mesti saya jawab kedai buku atau perpustakaan..:-) Kalau tanya suami saya, gerenti dia jwb padang bola..huhuh... Kalau dikelilingi buku2, saya rasa aman, tenteram dan tenang... Setiap tahun, saya pasti menulis tentang Pesta Buku Antarabangsa nie dalam blog saya... mungkin sbb excited sangat kot..heheh .. oklah saya tak nak membebel panjang lebar pasal buku nie.. either you like books or you don't..:-)
Kalau nak tau lebih lanjut pasal Pesta Buku 2011 nie, korang bolehla layari: http://www.klibf.com.my/src/... Jumpe di sana nantiii.......!
Terima kasih;-)
Wednesday, April 20, 2011
Karangan Budak Sekolah yang Lawak...
Salam,
Nie ada satu lagi cerita lawak yang saya baru baca. Tersenyum sampai ke telinga jugaklah bila baca cerita lawak yang dikatakan hasil nukilan budak sekolah darjah 4 nie..:-D... Betul ke tidak pun saya tak tau tapi seronok gak bila baca... Jom layan....!
*********************************************************************************
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya kepasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Diapun memecut lebih laju iaitu sama dgn kelajuan cahaya. Kami pulaterpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya enghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.
Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalupenat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
**********************************************************************************
- Tamat Cerita -
Suami Giler Bola...
Salam semua...
Apakata hari ini kita enjoy satu cerita lawak untuk hiburkan hati kita yang sedang gundah gulana...hehe... Layannn.........!
Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,
1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.
2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.
3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.
4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.
5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.
6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.
7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.
8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.
9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a) Abang tak akan pergi,
b) Abang tak akan pergi, dan
c) Abang tak akan pergi.
10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!
11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”
12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe
P/S: Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.
Terima kasih atas kerjasama sayang.
Sayang sokmo,
- Abe mu yang giler bola.. -
p/s: Kalau suka citer ini, jom layan banyak lagi cerita lawak di sini: http://motivasiinspirasidanteladan.blogspot.com/search/label/Lawak%20Jenaka

Sunday, April 17, 2011
“Dia sudah ada 4 orang anak...”
Salam,
Sekadar berkongsi luahan hati...
Semalam, saya bersembang-sembang dgn cik abg sebelum masuk tidur. Kebetulan pula dia baru balik dari berjumpa kawannya di sebuah kedai makan berhampiran rumah kami. Sebenarnya suami saya ni jenis yang asyik keluar malam jugak lah...jangan silap paham pulak.. dia keluar mlm bukan nak buat aktiviti2 tak berfaedah... dia kuat bersukan dan kadang-kadang 2/3 kali seminggu dia akan keluar bermain badminton dengan kawan2 (waktu mlm la)... kadang-kadang pula pada hujung mggu biasanya (mlm2) dia akan pi kedai mamak (kat depan rumah nie je) untuk tonton perlawanan bola dalam astro. Al maklumlah di rumah kami takde Astro...huhuh...
Sebagai isteri, kadang2 saya kurang senang jugak tgk suami asyik keluar malam je...tapi lepas saya pk2, mungkin ada baiknya dia pi bersukan dan sembang dengan kawan2 daripada layan pompuan.., betul tak?:-D... Satu lagi saya terfikir mungkin jugak suami sunyi sebab kat rumah takde anak2... itu pandangan saya saje dan saya tak pernah berbincang hal nie dgn suami...
Ok, so semalam kebetulan suami sembang pasal ada sorang kawan dia nie... yg duduk dekat jer dgn rumah kami tapi tak pernah pulak suami ajak dia keluar minum... suami kata kawan dia nie jenis yang tak suka keluar rumah dan kurang bersukan jugaklah orgnya...tapi dia mmg baik lah dgn kawan tu..
Saya nie sajalah bergurau dan kata yg saya suka lelaki yang suka duk rumah dan jarang keluar rumah...(sajalah nak nyakat suami dan alang2 tu nak perlilah jugak)... nak tau apa jawapan suami? Dia kata, “Yang, dia dah ada 4 orang anak...”
Terkedu saya mendengarnya. Air mata hampir2 nak menitik jika bukan kerana suami tukar topik lain dan buat lawak. Saya tau dia bukan sengaja dan takde niat nak buat saya sedih. Tapi saya memang terasa sangatlah lepas tue... perasaan2 –ve yang ingin saya lupakan selama nie muncul kembali... rasa sedih, kecewa, marah semuanya ada... tapi bukan pada suami, sebaliknya pada diri ini sendiri.......
Saya terasa kesian pada suami kerana tak mampu nak bagi zuriat pada dia, dahlah dia mmg sukakan budak2 dan budak2 pun suka kat dia (anak2 kawan dia pun kebanyakannya sudah kenal suami saya dan suka sangat bermain-main dengan dia).... kalau dalam tempoh 6 tahun, orang lain dah kumpul 3 atau 4 orang anak, tapi kami seorang pun belum ader..kawan2 suami yang dah kahwin pun hampir semuanya dah ader anak2... malah yg baru kawin pun tup2 dlm masa beberapa bln jer dah pregnant... adik ipar saya (no.1) pun dah ader 2 org anak... adik ipar (no.2) skrg nie tgh pregnant walaupun salah satu tiubnya telah dibuang akibat kandungan diluar rahim beberapa bulan sebelumnya... Alhamdullilah diorang dah dapat rezeki dan anugerah yg tak terhingga daripada Allah s.w.t... tapi bila pulak giliran saya? Sampai bila saya akan terus mengecewakan suami....? Sampai bila kami akan dipandang serong oleh orang2 yang tak memahami keadaan kami ini?
Sekarang saya nampak suami macam dah pasrah dan menyerah segala-galanya pada Allah... jika ada rezeki, adalah tue... katanya. Saya terfikir pasal nak ambik anak angkat, tapi suami pulak tak sokong sangat untuk ambil anak angkat. Kalau boleh dia nak anak daripada darah daging sendiri. Kalau mampu.. saya dah bagi awal2...:-(
Tapi saya terfikir kalu takde rezeki kami nnt, macammana kehidupan kami masa tua nanti? Kalau sakit2, siapa yang nak jaga? Siapa yang akan teman kami masa tua nanti? Mana anak2 yg boleh hiburkan hati kami dengan telatah manja mereka? Aduh... mcm2 bermain dalam fikiran nie.. kenapa dugaan yang diberi ini terasa berat sangat untuk dipikul...?
Kadang2 ada eloknya juga kalau saya meluahkan apa yg terbuku di hati. Kalau asyik duk pendam jer, saya bimbang apa yg akan berlaku nanti.. mungkin jugak akan berlaku letupan gunung berapi yang akan menghasilkan tsunami besar... Siapa tau? At least kalau sudah diluahkan, kuranglah beban sikit yg perlu ditanggung...
Terima kasih kerana membaca luahan hati saya..... :-)

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
Sekiranya anda seorang yang sukar untuk hamil, mengalami simtom seperti haid yang tidak teratur dan mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami PCOS.
PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.
Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?
PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.
Teori punca PCOS
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:
Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.
Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.
Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.
Apa simtom dan tanda PCOS?
Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:
Haid yang tidak teratur
Tiada haid selama berbulan-bulan
Tiada ovulasi
Pertambahan berat badan yang keterlaluan
Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
Kencing manis
Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan
Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.
Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
Ujian darah Progesterone/Testesterone
Ujian darah prolaktin
Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari
Bagaimana merawat masalah ini?
Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.
Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.
Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.
Pembedahan
Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling.
Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.
Sumber: Portal alamhamil.com
Subscribe to:
Posts (Atom)